JPJ Kelantan Bakal Buat Lelongan Kereta Serendah RM120

Bermula 11 hingga 18 Julai ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan membuat lelongan 75 buah kenderaan yang dilucutkan hak dengan harga serendah RM120.

Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, tawaran sebut harga bagi kesemua kenderaan itu dibuka secara dalam talian bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh berkenaan.

JPJ Kelantan Buat Lelongan Kereta Serendah RM120 1

Antara kereta yang ditawarkan dalam lelongan JPJ Kelantan itu ialah Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Proton Saga dan Proton Iswara masing-masing antara RM120 hingga RM11,800.

Nilai deposit sebut harga adalah 5% daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jika anda berminat untuk sertai tawaran harga tersebut, bolehlah ikuti perkembangan mengenain tawaran sebut harga ini di Facebook JPJ Negeri Kelantan atau pun Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117.

Terdahulu,  PROTON Holdings Bhd (PROTON) telah mengeluarkan lima langkah mudah penjagaan kereta anda sepanjang musim PKP ini. Tip ini turut terpakai untuk kenderaan jenama lain juga.

Antaranya:

 

1. Membersih bahagian dalaman kenderaan

Inilah peluang untuk anda membersihkan kereta. Meninggalkan sampah di dalam kenderaan akan menarik kehadiran serangga dan merosakkan bahagian tertentu kenderaan.

Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kum4n (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.

Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan meros4k permukaan peralatan kenderaan.

2. Hidup enjin secara berkala

Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.

Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.

Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.

3. Periksa tekanan angin tayar

Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Cara terbaik untuk memeriksa mereka adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (jika ada).

Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.

Sumber: Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : odisi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "JPJ Kelantan Bakal Buat Lelongan Kereta Serendah RM120"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*