Penyanyi Siti Sarah menzahirkan perasaan kesal apabila wujud segelintir individu yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam saat kesvlitan melanda.
Isteri kepada pelawak Shuib itu yang kini aktif menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini turut kec3wa apabila ada antara mereka yang tam.ak dan terga.mak meminta barangan yang tdak sesuai dengan situasi.
Ujarnya lagi, aktiviti (memberi bantuan) mula menjadi tidak seronok kerana ada yang melampaui batas ketka meminta pertolongan darinya.
“Contohnya minta belikan baju dalam talian atau kerusi selesa sebab nak bekerja dari rumah. Ada juga kes yang minta bantuan tapi nak barang yang ikut tekak sendiri.”
Sehubungan itu, Sarah berharap orang ramai yang memerlukan bantuan untuk lebih bertimbang rasa dan mengutamakan mereka yang benar-benar memerlukan.
“Ini tak, ada cukup makan pakai tempat tinggal segala, minta bantuan nak daging macam-macam. Tolong jangan ambil kesempatan.” pintanya lagi.
Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kenyataannya ini tidak perlu disalah anggap dan bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi cuma ingin meringankan beban mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : https://www.hmetro.com.my via trendingkini
Be the first to comment on "“Nak Barang Ikut Tekak Sendiri..” [VIDEO] Siti Sarah Luah kerenah yang ambil kesempatan"