Tak Kenal Tempe, Tak Pandai Kupas Buah Dan Macam-Macam Lagi…10 Sensasi Nia Ramadhani Yang Menuai Perhatian Netizen!

Nia Ramadhani, nama jelitawan Indonesia yang kini sedang meraih perhatian netizen susulan isu penangkapannya terkait kes penyalahgunaan syabu.

Bintang sinetron popular Bawang Putih Bawang Merah itu bukan baru bahkan namanya sering menjadi bualan ramai tidak kira di negara asalnya begitu juga di Malaysia.

Sering tampil dengan pelbagai kenyataan melucukan, Nia, 31, digambarkan netizen sebagai wanita beruntung yang memiliki segala-galanya, bahagia dengan anak-anak, keluarga dan mewah dengan harta.

Apa kata kita imbas semula kisah Nia Ramadhani yang pernah menuai perhatian khalayak wargamaya!

1. Tak tahu kupas buah salak

Suami Nia, Ardi Bakrie pernah berkongsi di Instagramnya bahawa isterinya itu tidak pandai mengupas buah salak.

Ketika berada di sebuah restoran, Ardi menyakat Nia untuk mengupas buah tropikal itu namun Nia keliru sama ada perlu mengupasnya menggunakan pisau atau digigit.

2. Tak tahu goreng telur, tak kenal tempe

Nia terus menjadi sorotan sejak tahun 2020 apabila gelagatnya tidak tahu menggoreng telur tular di laman media sosial.

Kebingungan, aksi Nia dalam rancangan Ngopi Dara terus jadi bualan hingga kini.

Baru-baru ini pun, Nia menjadi buah mulut ramai apabila mengakui tidak mengenali makanan popular Indonesia iaitu tempe.

3. Tak pernah makan rambutan

Selain takut menggoreng telur, Nia viral apabila mengakui tidak tahu mengupas buah-buahan dan tidak pernah merasa buah rambutan.

Hal itu terbongkar apabila diberikan cabaran oleh pengacara Ngopi Dara, Jessica Iskandar untuk mengupas rambutan dan mangga.

Kata Nia dia bukan individu yang gemarkan buah-buahan sejak dari kecil.

4. 17 Tahun Tak Cuci Pinggan Mangkuk

Mula menjadi artis sejak umur 7 tahun, Nia akui sudah 17 tahun tidak pernah mencuci pinggan sendiri. Kali terakhir katanya ketika berusia 12 tahun.

5. Pakaian seksi di pantai & kubur walau bergelar hajah

Nia turut menjadi sorotan kontroversi menerusi beberapa episod berpakaian seksi biarpun sudah berstatus hajah.

Jun lalu, aksi seksinya berbikini di Bali turut mencuri perhatian ramai. Malah sebelum ini pun Nia turut terpalit dengan kecaman netizen.

Malah, Nia dikritik apabila tampil dengan pakaian kurang sopan ketika menziarah kubur arwah bapanya, Prya Ramadhani.

6. Bela anjing

Tidak berselindung, Nia mempamerkan anjing peliharaannya yang sering melakukan aktiviti bersamanya di rumah.

Sedar dirinya dikecam memelihara anjing walaupun muslim, Nia tampil memberikan penjelasan kepada pengikutnya.

7. Tak boleh jadi pengacara

Nia dikecam ramai apabila gagal menjadi hos di TikTok Award Indonesia ketika bergandingan dengan Raffi Ahmad, hinggakan dia memukul diri sendiri.

8. Kurang zat besi

Nia dinasihati untuk mendapatkan suntikan tambahan zat besi bagi merawat masalah kesihatannya itu. Kesan daripada kekurangan zat besi, Nia cepat letih dan penat.

9. Dulu susah sekarang senang

Namun, Nia juga pernah melalui zaman sukar ketika dari zaman kanak-kanaknya. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dilimpahi kepadanya, Nia juga memberikan kebahagiaan buat anak-anaknya.

10. Perfect life! But…

Kebahagiaan Nia juga sering dicemburui ramai. Bahkan, Nia tidak membantah sekiranya suaminya ingin berkahwin lain.

Sehinggalah baru-baru ini Nia ditahan oleh pihak berkuasa dan wajahnya yang cengkung menjadi sorotan netizen.

Apapun, ramai yang masih merindui keletah dan kenyataan lucu yang sentiasa menghiburkan peminatnya di mana-mana saja. Kembalikan Nia Ramadhani yang dulu…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :   https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Kenal Tempe, Tak Pandai Kupas Buah Dan Macam-Macam Lagi…10 Sensasi Nia Ramadhani Yang Menuai Perhatian Netizen!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*