Dalam keadaan negara sekarang yang masih dibelengu pandemik, ramai yang tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin masing-masing, baik yang muda, tua, mahupun yang fobia dengan suntikan dan jarum.
Fobia terhadap suntikan atau dipanggil trypanophobia adalah ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang melibatkan suntikan atau jarum hipodermik.
Biasanya jarang kita dapat melihat orang terlalu takut untuk menerima suntikan, tetapi sejak bermulanya pemberian vaksin, pelbagai kerenah kita telah dapat lihat.
Baik yang telah pernah pergi ke pusat pemberian vaksin mahupun tidak, pasti ramai telah pernah menyaksikan penerima yang fobia dengan jarum cuba menguatkan diri dan menempuhi ketakutan mereka demi mendapatkan suntikan vaksin, seperti yang ditunjukkan seorang wanita ini.
Dalam video yang tular, seorang wanita yang ditemani rakannya di dalam kereta menutup seluruh mukanya dengan mask agar dia tidak nampak jarum yang akan digunakan.
Wanita yang fobia itu tidak henti-henti beristighfar untuk menenangkan dirinya dan turut mengingatkan kakitangan perubatan untuk baca bismillah.
Apabila hampir tiba masa untuk vaksin disuntik ke tangannya, wanita berkenaan semakin panik dan memaksa jururawat-jururawat di situ untuk berselawat bersamanya sehinggalah vaksin berjaya disuntik.
Telatah lucu wanita berkenaan ternyata menimbulkan geli hati di kalangan netizen walaupun ada yang memahami ketakutan yang dirasainya.
“Keberanian seseorang menempuhi ketakutannya…”
“Walaupun fobia…”
“Tak boleh bayangkan macam mana doktor handle situasi macam ni…”
“SUMPAH LAWAK TAPI AKU RESPECT…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:
Be the first to comment on "[VIDEO] Telatah wanita takvt cvcuk vaksin bikin berdekah, semua diajak berselawat"