[VIDEO] Buat panggilan monyet disahut satu kondominium, “Betapa ‘stress’nya rakyat skrg…”

Sudah lebih dari satu tahun rakyat Malaysia berkurung di dalam rumah gara-gara pandemik yang masih berleluasa. Jika tahun sebelum ini orang ramai dapat memanfaatkan masa terluang mereka di rumah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk mengalihkan perhatian mereka dari tek4nan PKP, kini semua orang tidak lagi mampu duduk di rumah untuk menjalani WFH mahupun kelas online.

Naluri semula jadi manusia memerlukan kita untuk bersosial dengan rakan-rakan untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik, tetapi dengan PKP yang tidak berpenghujung, ramai yang terpaksa mencari jalan lain untuk bersosial sama ada melalui media sosial mahupun panggilan video.

Akibat sudah lama terkurung di dalam rumah juga, pelbagai perangai pelik yang timbul semata-mata untuk memastikan diri tidak kebosanan, seperti yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini.

Dalam perkongsian oleh pengguna Dindoiphin itu, seorang wanita dilihat berdiri di balkoni kondominiumnya, sebelum dia membuat bunyi panggilan monyet.

Apa yang melucukan bunyi panggilan itu disahut satu kondominium yang turut membuat bunyi monyet, mencetuskan geli hati penonton.

Walaupun video itu sebenarnya menggunakan audio yang disunting, rata-rata dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh video tersebut.

“Mungkin diorang ingat aku g1ler…”

“aku nk buat jgk …”

“banyak pulak yang join…”

“Kembali kepada asal-usul…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Buat panggilan monyet disahut satu kondominium, “Betapa ‘stress’nya rakyat skrg…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*