“Comelnyaaa” – Tun Siti Hasmah Menyanyi ‘Enjit-enjit Semut’ Nak ‘Tenangkan’ Tok Pora Ambil Sunt1kan Vaks1n

Seperti di mana-mana tempat kini sedang mempergiat sunt1kan vaks1n buat warga emas, Pulau Langkawi juga tidak ketinggalan dalam memvaksin golongan orang tua di sana.

Salah seorang penduduk Langkawi yang dikenali sebagai Tok Pora atau nama sebenarnya Sepora Amin, 106 tahun juga baru selesai mendapatkan dua dos sunt1kan vaks1n baru-baru ini.

Namun rupa-rupanya ada situasi comel dan mencuit hati yang berlaku ketika wanita tertua di Langkawi ini menerima vaks1n. Dia telah mendapat kunjungan, Ahli Parlimen Langkawi yang juga mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi perkongsian TikTok @hadi4bdul, Tun Siti telah dilihat menyanyikan lagu ‘Enjit-enjit Semut’ untuk menenangkan Tok Pora ketika wanita ini sedang divaksinasi oleh seorang jurur4wat. Alahaiii comelnya Tun Siti menyanyi! 

Dalam pada itu juga, dapat dilihat Tun Mahathir menyaksikan proses vaksinasi tersebut dalam ruangan itu.

“Comelnyaaa Tun Hasmah!” 

Video tersebut telah mencuit hati netizen yang rata-rata sangat suka melihat peribadi Tun Siti yang lembut dan sanggup meluangkan masa untuk menenangkan Tok Pora di PPV.

Apa-apapun bagi yang tak tahu, hari ini merupakan hari lahir Tun Siti Hasmah tau. Kami di Lobak Merah ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 95 Tun Siti Hasmah! Semoga terus sihat selalu di samping Tun M! 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Comelnyaaa” – Tun Siti Hasmah Menyanyi ‘Enjit-enjit Semut’ Nak ‘Tenangkan’ Tok Pora Ambil Sunt1kan Vaks1n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*