[VIDEO] Minum Air Lama Sangat, Rupanya Kucing Ini Tertidur Sambil Minum

Bagi pemilik kucing, ada kalanya telatah kucing di rumah cukup memeningkan kepala dengan telatah tidak dapat dijangka dari mereka. Sama macam telatah kucing ini apabila dia ditemui sedang tidur di bekas minumannya ini.

Gelagat kucing itu turut menerima perhatian ramai apabila video tersebut meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat anak kucing itu yang sangat tidak dijangka ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, anak kucing itu dilihat sedang minum dari sebuah bekas minuman yang disediakan. Menurut pemiliknya, dia berasa hairan apabila melihat kucingnya itu mengambil masa yang lama untuk minum.

Namun sebaik saja dia memeriksanya, ternyata anak kucing itu sebenarnya tertidur di situ dengan keadaan mukanya yang bersandar pada bekas minuman. Pemiliknya kemudian menyentuh kucing itu untuk mengejutkannya.

Apabila dikejutkan, kucing itu kembali terjaga dan mula membuat bunyi bising sebaik saja mendengar suara pemiliknya itu. Malah pemiliknya juga sempat menegur kelakuan kucingnya itu yang sangat tidak dijangka.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat telatah anak kucing itu. Ada juga yang menganggap mungkin dia berasa terlalu mengantuk dan terpaksa tidur di situ ketika sedang asyik minum air.

“Menyelam sambil tidur.”

“Selamat anda kena pr4nk.”

“Ngantuk mak…”

“Maaf aku ketiduran.”

Sumber : tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Minum Air Lama Sangat, Rupanya Kucing Ini Tertidur Sambil Minum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*