“Sayang… tolong jangan tinggalkan saya” – Rebecca p4nik suami s3sak nafas di rumah, katil hospital swasta dah penuh

PELAKON Datin Rebecca Nur Al-Islam melalui detik cemas apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang positif C0vid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah mengalami sesak nafas pada Selasa.

Menceritakan lebih lanjut Rebecca berkata, dia menghubungi ambulans bagi membawa suaminya itu mendapatkan rawatan, namun malangnya semua hospital swasta penuh dan tidak dapat menerima pes4kit C0vid-19.

“Tengah hari semalam suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4 C0vid-19. Kadar oksigen suami berada dalam keadaan rendah.

“Saya jadi takut dan panik dengan anak lagi. Jadi adik-beradik suami tolong telefon ambulans dan cuba dapatkan katil di hospital swasta.

“Saya teman suami naik ambulans, tinggalkan sekejap anak-anak. Ketika itu saya masih hubungi mana-mana hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tapi jawapan semua menghampakan, ” katanya sambil menangis menerusi sesi Instagram live pada Rabu.becca1

Rebecca bersama suami dan anak-anaknya.

Tambah Rebecca, selepas menunggu hampir seharian akhirnya dia dihubungi sebuah pusat perubatan yang memberitahu terdapat kekosongan untuk rawatan pes4kit C0vid-19.

Rebecca, 35, menjelaskan tindakannya menghantar suami ke hospital swasta adalah kerana memahami fasiliti kerajaan kini krit1kal dalam menguruskan pes4kit C0vid-19.

“Bukan saya kata hospital kerajaan atau Maeps tak bagus, saya tak cakap begitu… tapi saya takut tengok keadaan di sana lagi worst. Apa yang boleh saya usahakan, saya usahakan untuk suami dapat rawatan di hospital swasta.

Tengah hari semalam suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4 cov1d-19. Kadar oksigen suami berada dalam keadaan rendah.

REBECCA NUR AL-ISLAM

PELAKON

“Saya tak sampai hati tengok suami menangis. Dia kata pada saya… sayang tolong jangan tinggalkan saya. Tapi saya sedih tak dapat temani dia ketika ini.

“Saya minta anda semua doakan untuk suami, anak-anak serta pembantu rumah saya juga, ” kata Rebecca yang turut disahkan positif C0vid-19.

Sementara itu, Rebecca turut meminta agar kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ memandangkan keadaan negara yang semakin teruk.

“Anda (kerajaan) kena (buat) total lockdown! Apa yang saya cakap anda kena dengar… tolonglah.

becca

Suami Rebecca kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

“Walaupun kerugian besar untuk negara tetapi kita bercerita fasal nyawa sebab saya dah kena dalam situasi ini saya jadi fobia.

“Badan kami satu keluarga macam kena hempap dengan pokok, sak1t sangat-sangat. Batuk, sak1t dada, ada yang kena cirit-birit. Ya Allah, semoga Allah tarik sak1t kita dan lindungi kita semua, ” katanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif C0vid-19 pada Khamis.

Selain suami, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti v1rus berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sayang… tolong jangan tinggalkan saya” – Rebecca p4nik suami s3sak nafas di rumah, katil hospital swasta dah penuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*