Tak menyesal tolak Sinovac, ini yang Ifa Raziah sanggup buat utk dptkan Pfizer

hKuala Lumpur: Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah mengakui dia tidak menyesal menolak vaksin Sinovac yang kini diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi bagi memasuki negara terbabit untuk tujuan mengerjakan haji dan umrah.

Terdahulu, Ifa sepatutnya mendapatkan suntikan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu, namun nekad membatalkan temujanjinya di saat akhir.

Apapun, Ifa berkata dia menyambut baik pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai vaksin Sinovac yang sudah diiktiraf kerajaan Arab Saudi.

“Alhamdulillah, vaksin Sinovac dah dapat masuk ke Arab Saudi. Suami dan anak saya pun ambil Sinovac. Berita ini juga baru diumumkan, lewat petang semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ifa yang turut dikenali sebagai Miss Diva sebelum ini dikecam hebat warganet kerana bertindak membatalkan temujanjinya mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di PPV, MITEC itu.

Dia kemudiannya tampil dengan kenyataan memohon vaksin Pfizer kerana mempunyai masalah kesihatan, selain mahu memasuki Singapura untuk urusan perniagaan dan hasrat melakukan ibadah haji.

“Saya tiada masa nak layan dan ambil peduli dengan kecaman mereka (netizen). Nak bukti saya alergik dengan ubat-ubatan, nah saya sertakan surat doktor.

“Mereka kata pula, saya propa (menipu). Sekarang, saya beri mereka tengok demi buktikan saya bukan penipu. Artis lain mungkinlah,” katanya.

Ditanya perasaannya apabila dikecam oleh segelintir artis dan penggiat industri, Ifa mengakui kecewa dengan situasi ini.

“Kalau mereka itu artis dan kenal siapa saya, lebih baik tanya saya sendiri daripada buat dosa kering. Sepatutnya kita ini (artis) kena jaga kebajikan artis, tanyakan hal kesihatannya dulu dan bukan nak menghentam serta menghasut warganet.

“Bagaimana warganet nak hormat mereka sebagai artis, sedangkan masing-masing pun tak respek pada artis lain,” katanya.

Ifa Raziah tetap nak Pfizer! Sanggup keluar duit poket sendiri beli vaksin – “Doktor PPV sahkan saya tidak sesuai ambil Sinovac”

SAYA sanggup beli!

Demikian penegasan selebriti Ifa Raziah berhubung isu dia memilih hanya untuk disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, dia yang berdepan masalah kesihatan mempunyai alergi atau alahan pada ubat tertentu terpaksa menolak vaksin jenis Sinovac yang ditawarkan kepadanya.

“Saya tak kisah sama ada cepat atau lambat asalkan dapat vaksin yang diinginkan.

“Lagi pun tak salah jika saya memilih vaksin kerana masih ada niat nak divaksinasi.

“Kalau diberi pilihan untuk beli sekalipun, saya sanggup beli,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Perkongsian Ifa Raziah di Instastory miliknya.

Ifa berdepan kecaman selepas bertindak membatalkan temujanji suntikan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Sabtu lalu.

Bagaimanapun menjawab mengenai tuduhan sengaja berlagak ‘diva’ dengan memilih vaksin, Ifa berkata dia terlebih dahulu mendapatkan konsultasi daripada pegawai perubatan yang bertugas di PPV berkenaan.

“Semasa ke PPV berkenaan pun saya bawa senarai ubat dan checklist yang menyenaraikan jenis-jenis ubat yang tidak boleh dimasukkan ke tubuh saya.

“Selepas bercerita dengan doktor yang bertugas, dia sahkan saya tidak sesuai untuk mengambil vaksin berkenaan (Sinovac).

Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain

“Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain dan menurut kefahaman saya ianya adalah vaksin Pfizer,” katanya lagi.

Tambah Ifa dia pernah berdepan pengalaman ngeri apabila berlaku kesilapan dalam pengambilan ubat.

“Pernah terjadi suatu ketika dulu ketika mendapatkan rawatan, doktor tersalah masukkan ubat sehingga seluruh tubuh badan membengkak macam orang kena tumbuk di bahagian muka dan block saluran pernafasan,” katanya.

Bercerita tentang vaksin Pfizer yang diinginkannya itu, Ifa berkata dia juga sudah mendapatkan pandangan pegawai perubatan.

ifaaa2

Ifa Raziah dikecam teruk oleh netizen kerana memilih vaksin.

“Saya memang yakin hanya vaksin jenis Pfizer saja yang sesuai dengan saya. Saya juga dah buat research tentang setiap vaksin yang ada di negara kita.

“Saya ada rujuk dengan doktor untuk bertanyakan pendapat. Malah saya juga tahu vaksin jenis lain pun bagus dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan tubuh badan dan juga diiktirafkan halal,” katanya.

Dalam pada itu Ifa berkata suami iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dan anak perempuannya sudah menerima vaksin jenis Sinovac baru-baru ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak menyesal tolak Sinovac, ini yang Ifa Raziah sanggup buat utk dptkan Pfizer"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*