Ahli Politik Kongsi Fakta Baru Mengenai Siti Bainun, Pengasas Rumah Bonda

Dipetik dari laman facebook, sebenarnya  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui mengenali Siti Bainun. Berikut merupakan beberapa fakta terkini berkaitan dengan Siti Bainun yang dirangkumkan oleh Murai MY.

#1  Mas Ermieyati akui mengenali Siti Bainun atas urusan berkaitan proses anak-anak angkat di bawah Rumah Bonda.

Foto – Berita Harian

#2 Beberapa hari sebelum adik Bella ditemui, Siti Bainun pernah menghubungi Datuk Mas Ermieyati untuk meminta bantuan kes anak dalam jagaannya.

Foto – Twitter

#3 Mas Ermieyati berkata, dia berurusan dengan Siti Bainun kerana ada sahabat-sahabatnya yang ingin mengambil anak di bawah jagaan Rumah Bonda sebagai anak angkat.

#4 Tambah Mas Ermieyati lagi, setakat ini tiada lagi  tindakan lanjut darinya memandangkan dia tidak ada butiran secara terperinci.

#5 Siti Bainun mengendalikan pusat kebajikan secara haram, Rumah Bonda yang ditubuhkan tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Foto – Sinar Harian

#6 Rumah Bonda milik Siti Bainun kini telah disita mengikut Seksyen 16A (1) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), sementara Siti Bainun berada dalam tahanan pihak berkuasa bagi slasatan lanjut.

Foto – Facebook Siti Bainun

Apa-apa pun harap pihak berkuasa dapat menangkap pesalah yang mend3ra adik Bella dan menylasat pengasas Rumah Bonda ini dengan telus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber  :  https://murai.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ahli Politik Kongsi Fakta Baru Mengenai Siti Bainun, Pengasas Rumah Bonda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*