Rihana Oksana dedahkan kriteria lelaki yang dia mahukan sebagai calon suami. Ini antara ciri penting yang dia senaraikan.

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra yang juga bekas isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Instagram mendedahkan kriteria dan ciri lelaki perlu ada pada lelaki yang ingin menambat hatinya untuk dijadikan suri hati.

Sama seperti kebanyakan pasangan lain, Rihana mahu lelaki itu menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya selain mampu menjadi sahabat baik buat puteranya, Leon.

Malah, lebih indah kalau calon lelaki idamannya itu seorang duda dan mempunyai anak kerana mereka lebih matang dan bertanggungjawab.

Memandangkan dia seorang yang tinggi dan mahu memakai kasut bertumit tinggi, Rihana berharap lelaki idamannya juga seorang yang tinggi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Paling utama, dia tidak mahu wujud perbalahan di antara satu sama lain dan setiap masalah yang berlaku di antara mereka perlu dibincang dengan baik.

Dia juga berharap pasangannya bukan seorang pengecut lari dari masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti mematikan telefon, memblok namanya serta menghilangkan diri.

Rihana bagaimanapun mengakui sukar untuk dirinya mencari lelaki sedemikian, namun dia bersyukur dia kini lebih matang membuat penilaian terutama dalam soal memilih pasangan hidup.

Adakah secara tidak langsung Rihana membuat sindiran terhadap bekas suaminya dengan mendakwa baginda memutuskan segala perhubungan dengannya dan melarikan diri daripadanya sebelum konflik diselesaikan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : dnq.pw via hiburancari 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rihana Oksana dedahkan kriteria lelaki yang dia mahukan sebagai calon suami. Ini antara ciri penting yang dia senaraikan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*