Caprice mahu kembali ke Malaysia – “Silap saya terlalu em0si tentang perjuangan”

PERKARA yang paling ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan apabila penyanyi rap Caprice tampil mengakui kesil4pan kerana terlalu berem0si dalam meneruskan misi kemanusiaan ke G4za, Palestln.

Susulan itu Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, memohon maaf kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim; Menteri Kanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan pendakwah Ebit Lew.

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew, saya mohon minta maaf atas kesilapan di mana terlalu em0si tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestln dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.

cap2

Perkongsian Caprice di Instagram.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia Mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24 hour protection and security selama saya berada di Mesir,” katanya menerusi kenyataan terbuka di Instagram.

Nama Caprice sebelum ini menjadi sebutan apabila tampil mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat G4za tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.

InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin.

CAPRICE

Susulan pendedahan tersebut, Ebit Lew dipercayai telah menyekat akaun Instagram Caprice.

Sementara itu, Caprice turut membuat permohonan maaf terhadap kedua ibu bapanya kerana mencetuskan kebimbangan.

caprice1

Pendedahan yang dibuat Caprice mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew yang didakwa tidak disenangi penduduk Palestin.

“Saya minta maaf pada ibu dan ayah kerana buat kalian risau tentang keselamatan saya. I love you and my intention since the day I chose to go on my own at 16 (years old) was only to make you proud.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

“InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin,” ujarnya.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke G4za.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Caprice mahu kembali ke Malaysia – “Silap saya terlalu em0si tentang perjuangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*