Nama terkait dengan Ebit Lew, PU Riz buka mulut

PENDAKWAH bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mengakui ada mendapat tawaran sekali gus perbincangan untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa; penyanyi, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, berkata tawaran  itu datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dan sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian.

“Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Pegerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun.

“Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.

Terdahulu nama PU Riz, Neelofa, Heliza dan Hazwani disebut penyanyi rap, Caprice dalam hantaran di Instagram Story yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan selain ada yang mendakw Ebit Lew mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri.

“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.

Ebit Lew anggap Caprice mel4mpau, f1tnah hal akidah 1su cium kaki menteri

“WALLAHI, saya tak pernah cium kaki menteri Pai3stin”

Itu reaksi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjawab tudvhan yang dilemparkan penyanyi rap, Caprice terhadap dirinya, baru-baru ini.

Menurut Ebit, d4kwaan tidak berasas itu merupakan satu f1tnah besar yang boleh merosakkan akidahnya sebagai umat Islam.

Kata Ebit, Menteri Luar Pai3stin iaitu Dr. Mahmoud El Mahdoun meraikan kedatangan mereka ke negara itu dan memberi penghormatan atas usaha misi bantuan yang dilakukan.

“Itu f1tnah sangat melampau kerana ia melibatkan akidah saya!

“Cium kaki itu memang tidak berlaku. Takkanlah saya nak cium kaki dia.

“Dr Mahmuod yang datang ke bilik saya sebelum saya balik dan ucapkan terima kasih. Kebetulan saya orang pertama yang masuk ke Gaza dan dia meraikan saya,” kata Ebit.

Dalam pada itu, Ebit menjelaskan sijil penghargaan sebagai Duta Muhibbah Palestin itu diberikan oleh Dr Mahmoud dan bukannya dibeli seperti did4kwa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinar, mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nama terkait dengan Ebit Lew, PU Riz buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*