“Kental Hati Member Sebelah Tahan Gelak” -Pembaca Berita Tersasul Sebut Satu Perkataan Buat Netizen Terhibur

Setiap jam 8 malam, pasti ramai yang akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton Buletin Utama di TV3, lebih-lebih untuk mendapat mengetahui perkembangan terkini berkaitan C0vid-19.

Bukan mudah untuk menjadi pembaca berita kerana memerlukan persedian rapi apatah lagi berita disiarkan secara langsung.

Namun, meskipun sudah membuat persediaan yang cukup tidak mustahil berlaku kesilapan yang tidak dijangka seperti tersasul menyebut perkataan.

Seperti yang berlaku kepada pembaca berita Buletin Utama malam tadi, Norliza Mohd Zain yang menghadapi kesuk4ran menyebut perkataan ‘Solidariti’.

Namun selepas kali cuba membetulkan, akhirnya mampu menyebut perkataan tersebut dengan baik sebelum meneruskan pembacaan seperti biasa.

Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok yang terhibur dengan kesus4han dihadapi pembaca berita tersebut.

Perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui sukar menyebut perkataan berkenaan dan pasti akan melakukan kesilapan sama.

Apa yang pasti, tindakan pembaca berita itu seharusnya dipuji kerana dilihat tetap tenang membetulkan sebutan beberapa kali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gulapop.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kental Hati Member Sebelah Tahan Gelak” -Pembaca Berita Tersasul Sebut Satu Perkataan Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*