“Letak la garfu kt celah jari tu, baru la ada ala ala wolverine..” – Ramai Cakap Norman Hakim Macam Wolverine

Norman Hakim merupakan seorang pelakon lelaki di Malaysia. Nama beliau dikenali selepas membintangi filem pasrah bersama Erra Fazira. Bekas juara Hero Remaja tahun 1993 ini terkenal dengan watak kepolisan dan pernah menjayakan watak sebagai Inspektor Harris dalam drama siri Gerak Khas sejak tahun 2003. Selain daripada berlakon pemilik nama penuh Mohamed Nurhakim Zaidon ini juga pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Dato Eizlan Yusof dan Dato Sani Salehuddin pada tahun 1999.

Kini pada usia 45 tahun pelakon ini mempunyai susuk tubuh yang masih berotot dan tegap. Sejak dari zaman bujang, suami kepada Memey Suhaiza ini sememangnya sering menjaga kesihatan tubuh badan serta imej beliau. Norman sangat menitikberatkan penampilan dan juga penjagaan kesihatan beliau disebabkan itulah beliau sering meluangkan masa di Gym serta sering melakukan senaman dirumah.

Aktiviti berkenaan turut dikongsikan oleh Norman bersama para pengikut di akaun Instagram beliau agar sama-sama menjaga kesihatan. Bapa kepada 6 orang anak ini juga sangat berdisiplin dalam rutin makanan beliau demi mengekalkan bentuk tubuhnya sehingga hari ini.

Meskipun aktif dengan rutin senaman serta pemakanan yang seimbang, pelakon drama siri The Maid itu baru-baru ini berkongsi, beliau juga menghadapi masalah kesihatan apabila tahap k0lester0l dalam badannya semakin naik.

Kongsi beliau lagi peningkatan tahap k0lester0l tersebut berkemungkinan besar atas beberapa faktor seperti pemakanan selain faktor keturunan daripada keluarga beliau sendiri.

Walaupun Norman tidak menyangka akan mengalami masalah sedemikian memandangkan beliau seorang yang bersenam, namun Norman tetap menerima nasihat daripada doktor sebagai titik t0lak untuk beliau lebih mendisiplinkan dirinya.

Perkongsian terkini di instagram memaparkan Norman telah memuatnaik sekeping gambar terbaru dirinya di instagram yang secara seloroh berkata gambar berkenaan bukanlah watak dalam sebuah filem yang terkenal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Walaupun berpakaian dan membuat rambut yang seakan-akan seperti watak filem X-Men iaitu Wolverin namun Norman berkata gambar berkenaan adalah diri beliau sendiri.

Ternyata gambar berkenaan mencuri perhatian para pengikut akaun Instagram beliau dan juga beberapa rakan artis yang cukup kagum dengan svsuk tubuh kekar milik pelakon berkenaan. Malahan ramai juga anak muda yang baru berjinak dengan senaman bina badan menjadikan Norman sebagai inspirasi mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka melihat tubuh badan pelakon tersebut yang sangat tegap dan berotot. Sememangnya pada usia yang mencecah 45 tahun amat sukar buat sesetengah individu untuk mengekalkan badan ketika zaman bujang apatah lagi tanpa disiplin dalam senaman dan juga rutin pemakanan seimbang yang sangat ketat.

Tidak semua orang mampu melakukannya dan disebabkan itulah pelakon berkenaan menjadi sumber inspirasi buat masyarakat diluar sana. Berikut dikongsikan beberapa komen yang telah ditinggalkan oleh para netizen.

Ramai yang menjadikan Norman Hakim sebagai idola kerana kagum dengan svsuk tubuh pelakon Gerak Khas berkenaan yang sangat berdisiplin dalam menjaga tubuh badan dirinya agar sentiasa kelihatan kekal tegap dan sihat walaupun usia sudah menginjak 45 tahun.

Sumber : Instagram normanhakim_786

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Letak la garfu kt celah jari tu, baru la ada ala ala wolverine..” – Ramai Cakap Norman Hakim Macam Wolverine"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*