Prestasi membanggakan yang dipamer penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ternyata membuatkan ramai netizen memuji kegigihan anak muda yang berusia 22 tahun ini.
Malah kalau korang tahu macam mana para atlet macam Dhabitah ni training setiap hari demi mencapai prestasi macam tu, rasanya segelintir netizen di luar sana mungkin takkan berani mengkritik atlet kita kalau mereka tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat.
“Tak mudah untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia”
Menerusi perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook, tular sebuah foto dari posting atlet negara, Nur Dhabitah Sabri yang dilihat sedang ‘dipenyekkan’ oleh coachnya dalam satu sesi latihan.
Gambar dari tahun 2016 tersebut ternyata mendapat perhatian ramai kerana ia melihatkan betapa payahnya seorang atlet itu berlatih setiap hari demi untuk mencapai pretasi bertaraf dunia.
Ini cara bagaimana #MalaysiaDivingTeam berlatih. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, tak mudah untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Sebab itulah, saya sangat menghargai sokong dan dorongan semua.
“Tolong jangan berhenti menyokong dan tolong jangan mula membenci saya. Saya sedang cuba yang terbaik untuk menjadi hebat. P/S: Itu saya… sedang dipenyekkan… tapi saya tak mati,” tulisnya.
“Sanggup tak kita hadapi latihan sebegitu?”
Menurut Kamarul, jika melihat kepada gambar di atas cara bagaimana Dhabitah training, rasanya tak ramai yang sanggup nak menjadi penerjun negara.
“Bertahun-tahun berlatih, serah jiwa raga untuk ditempa jadi pemikul nama negara. Kalau lihat pada gambar atlet terjun kita ni, sanggup tak kita hadapi latihan yang sebegitu? Pasti ramai tak sanggup.
“Bila mereka bertolak ke medan pertempuran, ramai yang sokong, ramai yang sorak. Bila mereka tak bawa pulang apa yang kita harapkan, seharusnya kita kekalkan sokong,” katanya.
“Saya cuba yang terbaik untuk jadi hebat.”—2016Bertahun-tahun berlatih, serah jiwa raga untuk ditempa jadi pemikul…
Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Sunday, August 1, 2021
Malah tambahnya lagi, atlet yang memasuki pertandingan pasti boleh menerima keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang.
Namun mereka yang lain juga diingatkan untuk terus menyokong dan jangan menambah beban emosi mereka dengan kata-kata yang tidak perlu.
“Kamu tetap pemenang di hati rakyat Malaysia”
Foto Dhabitah dari tahun 2016 yang tular itu telah mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata berharap atlet negara kita ini akan terus menyerlah dan suatu masa nanti berjaya meraih pingat di Olimpik akan datang.
Apa-apapun tahniah Dhabitah! All the best dan teruskan mencipta kejayaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Lobakmerah
Be the first to comment on "“Sanggup Tak Hadapi Latihan Sebegitu?” – Viral Gambar Dhabitah Training, Netizen Salute Kejayaannya Di Olimpik"