“Suami Saya Pun Kena Menyanyi Juga, Ibu Hetty Mengusik…,” – Viral Di TikTok, Tok Ti Terhibur Tonton Parodi Konsert Diana Danielle!

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa parodi nyanyiannya bersama penghibur Seberang, Hetty Koes Endang yang dibuat rakan selebriti menerusi aplikasi TikTok.

Kreatif dengan cara masing-masing, penyanyi Anta Permana yang selesa disapa Tok Ti itu turut sama terhibur.

Jelas Siti, sedutan yang diambil menerusi Konsert Satu Suara Vol2 lebih enam tahun itu kembali diperkatakan di aplikasi berkenaan dan pelbagai aksi telah diparodikan.

“Saya memang tau, video-video sewaktu Konsert Satu Suara Vol.2 tahun 2015, sedang viral di Tik Tok, ramai yang memuat naik video ini dengan macam-macam aksi sebenarnya. Terima kasih semua.

“Memang ibu atau bonda @hke57 memberikan tenaga luar biasa buat saya di atas pentas dan lagu Berdiri Bulu Romaku ini juga merupakan lagu segmen terakhir, di mana seluruh penonton di dalam Istana Budaya berdiri dan menyanyi bersama-sama saya dan bonda Hetty,” tulisnya.

Siti berkongsi video tersebut menerusi satu hantaran di Instagram. Ulasnya lagi, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diusik ibu Hetty.

“Suami saya pun kena menyanyi juga, ibu Hetty mengusik beliau sampai di tempat duduk masa tu. Ini video dari @dianadanielleb, lucu pulak part saya tu,” tulisnya lagi.

Para peminat turut sama geli hati melihat kreativiti yang dipamerkan Diana Danielle. Malah, masing-masing terhibur dengan menyatakan parodi berkenaan tampak ‘real’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi parodi sama yang dilakukan isteri komposer Indonesia, Anang iaitu penyanyi Ashanty.

Foto: Instagram Datuk Sri Siti Nurhaliza

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://www.mediahiburan.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Suami Saya Pun Kena Menyanyi Juga, Ibu Hetty Mengusik…,” – Viral Di TikTok, Tok Ti Terhibur Tonton Parodi Konsert Diana Danielle!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*