“Kebar4tan Sangat Dah Dia Ni” – Netizen

Setiap negara di dalam dunia ini pastinya mempunyai budaya dan kepercayaan yang berbeza-beza. Menjadikan Malaysia sendiri sebagai contoh, negara yang berbilang agama, bangsa dan kaaum ini sememangnya kaya dengan budaya dan seni dari bangsa masing-masing. Apatah lagi jika dibandingkan dengan negara luar, pastinya masih banyak budaya negara luar yang tidak pernah kita ketahui dan cara mereka meraikannya.

Pelakon yang berdaarah kacukan Melayu, Arab dan India ini memang sangat terkenal dengan bakat lakonannya sehingga mendapat tawaran berlakon sehingga ke peringkat antarabangsa.

Raja Ramilah Begum atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya oleh orang ramai ini dahulunya pernah mendapat perhatian ramai apabila dia dikatakan telah mendapat tawaran berlakon dan menjadi salah satu bintang dalam filem terkenal Hollywood iaitu Marvel.

Setelah beberapa lama, Raja Ilya telah memaklumkan berita yang mengec3wakan peminat apabila dia dikatakan terpaksa menolak tawaran berlakon dalam fiem terkenal Hollywood itu atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Mendirikan rumahtangga bersama seorang warganegara Australia yang bernama Trent Garret sejak 2018 lagi, kini Raja Ilya dilihat sering berkongsi kehidupan hariannya bersama suami di laman Instagramnya.

Namun perkongsian video menarinya bersama suami dan keluarga itu telah mendapat pandangan negatif dari para netizen yang merasa tidak senang melihat Raja Ilya sedang seronok menari di sebuah parti keluarga di Australia kerana dikatakan bercanggah dengan agama Islam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Ramai yang menyifatkan video yang telah dimuatnaik oleh Raja Ilya itu tidak patut dipertontonkan kepada umum bagi mengelakkan perspektif buruk dan negatif dari netizen terhadap dirinya.

Walaupun begitu, ramai yang masih menyokong Raja Ilya kerana menganggap itu adalah haknya untuk berkongsi apa sahaja di ruangan sosial media miliknya kerana dia hanya sekadar ingin berkongsi memori bersama suaminya itu.

Tidak dapat dinafikan, budaya dari negara luar terutama sekali negara-negara barat amat berbeza sekali dengan negara Malaysia. Bukan sahaja dari segi budaya, bahasa dan makanan juga amatlah berbeza jika ingin dibandingkan dengan negara luar.

Para netizen dinasihati untuk tidak memperkeruhkan lagi keadaan dengan mengambil nilai positif sahaja dari apa yang dikongsikan oleh para artis tanah air dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. Tetapi apa pun memang seronok tengok Raja Ilya duduk di Australia sekarang, mask pun dah tak perlu pakai lagi.

Sumber:Instagram Raja Ilya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kebar4tan Sangat Dah Dia Ni” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*