Carta 10 Selebriti Malaysia Paling Ramai “Follower” Instagram Pada 2021, Neelofa Atasi Siti Nurhaliza

Media sosial terutamanya Instagram sememangnya memainkan peranan penting sebagai medium buat “Influencer” untuk berkongsi perkembangan terbaharu bersama peminat.

Malah, mempunyai pengikut yang ramai kini dijadikan sebagai “kayu ukur” untuk seseorang itu dianggap berpengaruh dan popular. 

Selain itu, jumlah pengikut yang ramai di Instagram sudah tentu akan menjadi “lombong emas “kepada pemilik akaun atau lebih tepat, Instafamous kerana mereka akan menjana pendapatan melalui iklan-iklan dan muat naik yang ditaja (paid review). 

Pada tahun 2019 dan 2020, penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin menghuni tangga teratas carta dengan jumlah 6.4 juta pengikut pada 2019 dan 7.6 juta pengikut pada 2020. Bagaimana pula pada tahun 2021?

Jom ikuti carta 10 selebriti Malaysia yang paling ramai followers di Instagram sehingga Ogos 2021.

10. NUR FAZURA [@missfazura] – 5.6 JUTA FOLLOWERS

Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan juga usahawan yang berjaya. Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini kini sedang giat menjalankan perniagaan tudung yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu. 

Scha Alyahya merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara. Scha sebelum ini pernah menyertai Air Asia sebagai seorang pramugari dan berhenti setelah menyertai dunia seni hiburan tanah air. Dia menamatkan zaman bujang pada tahun 2012 bersama pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.

Amyra Rosli adalah pelakon wanita yang sangat versatil dan berbakat besar yang kini mempunyai 5.8 juta pengikut di Instagram.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini telah banyak membintangi drama popular seperti Nur, Nur 2, Suamiku Encik Sotong, Encik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Isteri Tuan Ihsan, Cinta Di Langit Cardiff, Nur dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

Hanis Zalikha atau mesra disapa Keknis mula dikenali melalui dunia blogger. Kemudian, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini menceburi bidang permodelan dan juga lakonan. Hanis Zalikha pernah tercalon dalam kategori Most Influential Blog Award 2011. 

6. JANNA NICK [@jannanick] – 6.2 JUTA FOLLOWERS

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir merupakan seorang pelakon dan penyanyi berumur 26 tahun. Karier lakonan Janna bermula pada tahun 2012 manakala nyanyian pula pada tahun 2016. Kini dia bergelar seorang pengarah dengan menerbitkan telefilem pertama berjudul Delen. 

Mira Filzah merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan, mengasaskan MF Shawls pada tahun 2017. Gadis manis ini baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Nora Danish merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang kini mempunyai lebih 7.2 juta pengikut di Instagram.

Pelakon yang mula menempa drama melalui drama komedi Puteri ini sangat aktif di Instagram dengan memuat naik perkembangan terkini dan kandungan kreatif. Pada tahun 2016, Nora merupakan selebriti Malaysia yang paling ramai followers dengan 3.2 juta pengikut.

Pelawak popular Zizan Razak adalah satu-satunya artis lelaki dalam carta top 10 ini. Selain terkenal sebagai seorang pelawak, Zizan juga adalah seorang pelakon, pengacara dan juga penyanyi.

Antara lakonan Zizan paling disebut-sebut adalah menerusi filem Abang Long Fadhil dan siri filem Polis Evo.

Zizan mempunyai beberapa lagu hit antaranya Bawaku Pergi (bersama Kaka), Infiniti Cinta (bersama Kaka), Chentaku (bersama Sonaone), Kita Ok, Berserah (bersama Ismail Izzani) dan Kau Takkan Tahu.

2. SITI NURHALIZA [@ctdk] – 8.2 JUTA FOLLOWERS

Penyanyi No 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada ditempat kedua dengan 8.2 juta pengikut di Instagram.

Beliau merupakan seorang penyanyi, penerbit muzik dan juga usahawan yang berjaya. Selain itu, beliau juga telah menerima lebih daripada 300 anugerah dari luar dan dalam negara. 

1. NEELOFA [@neelofa] – 8.5 JUTA FOLLOWERS

Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa kembali mengungguli carta selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram terbanyak di Malaysia setakat Ogos 2021.

Pada Oktober 2019, jumlah pengikutnya naik mendadak selepas dia mengumumkan dirinya nekad berniqab.

Sebelum ini isteri kepada PU Riz ini pernah bergelar selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram paling ramai di Malaysia pada tahun 2017 dan 2018 sebelum dipintas oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2019 namun kini dia kembali semula ke carta teratas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Cari

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Carta 10 Selebriti Malaysia Paling Ramai “Follower” Instagram Pada 2021, Neelofa Atasi Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*