Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita Isteri Mengandung Anak Ketiga

JIKA bukan kerana strategi lain macam serta stamina luar biasa pelumba Britain, Jason Kenny yang tiba-tiba memecut awal sebelum pusingan terakhir, tidak mustahil pingat emas boleh menjadi milik pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam aksi final keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Sudah memberikan yang terbaik, pujian wajar diberikan buat The Rocket Pocket Man yang berjaya memperbaiki kedudukan podium selepas meraih pingat gangsa acara sama pada edisi Rio Brazil 2016.

 

Pingat gangsa pula menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang dipintas saat-saat akhir oleh Azizulhasni.

Kekecewaan jelas terpancar di riak wajah Azizulhasni kerana beliau merupakan prospek terakhir kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pada kali ini.

Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 in

Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia. Tambah sebak lagi, Azizulhasni menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang bergelut dengan penyakit mild str0ke.

Dalam momen penuh emosi tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat sebentar tadi.

“Saya tinggalkan keluarga…tinggalkan emak saya. Dapat tahu ayah dapat strok di kampung. Ia bukan sesuatu yang mudah buat saya.

“Anak-anak pun hubungi saya tanya bila nak balik… saya harap semua orang di Malaysia tidak kecewa dengan saya hari ini,” kata Azizulhasni ketika ditemu bual Astro Arena sebentar tadi.

 

Tahniah Jijoe! Biarpun tiada lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo, anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila memastikan Jalur gemilang berkibar di Velodrom Izu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar, siakapkeli via trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita Isteri Mengandung Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*