Sarat hamil enam bulan, Elly Mazlein pulak masuk hospital

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatannya ketika ini.

Elly yang sarat hamil enam bulan berkata, dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan namun, memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik.

“Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan.

“Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan),” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, Elly turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU).

“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat cov1d-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.

“Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya.

“Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Kak Lina dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.

Terdahulu ini, dia pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  http://limauasamboi.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sarat hamil enam bulan, Elly Mazlein pulak masuk hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*