Terasa sepi, lama berdiam diri akhirnya Raissuddin mula luah rasa

Kuala Lumpur: “Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya,”.

Itu kata bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah berkongsi detik-detik dimaklumkan mengenai pemergian anaknya yang menlnggal dunla akibat Covld-19.

Raissuddin yang turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anaknya berkata, dia hilang kata-kata apabila dimaklumkan oleh menantunya, Shuib.

“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.

“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” katanya.

Dia yang menamatkan proses kuarantin kendiri pada hari ini reda dengan ketentuan Allah.

“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir,” katanya.

Raissuddin juga memohon agar semua mendoakan kesejahteraan anaknya.

“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” katanya

Shuib tak sabar nak tengok, pegang Ayash Affan buat pertama kali..

Kuala Lumpur: Suami kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib memaklumkan akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, Ayash Affan buat pertama kali, esok.

Shuib berkata demikian dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang berlangsung secara virtual, malam tadi.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya.

“Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia,” katanya.

Berkongsi mengenai hari pertamanya tanpa isteri kesayangan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tidak menafikan rasa rindu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan.

“Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang tipulah kalau saya cakap saya okay.

“Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.

“Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada.

“Cuma, itulah. Bila dihimpit rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” katanya.

Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil berat akan dirinya dan memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik.

“Saya sebenarnya sangat bertuah sebab ramai kawan-kawan yang luar biasa dengan kasih dan sayang.

“Ramai WhatsApp dan mesej saya, minta saya supaya kuat. Jangan risau. Saya sangat reda,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya, Shuib berkongsi mengenai soalan-soalan ‘cepumas’.

“Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia umpama bantal. Semalam, saya tidurkan dia dekat bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam saja.

“Tiba-tiba, dia bersuara, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu,” katanya.

Majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu disertai lebih 600 pelayar diketuai oleh PU Hafiz Haneefa dan Anak-anak Tahfiz dari PITAS,Permata Al-Quran dan Majlis Belia Tahfiz Malaysia.

Turut serta, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah, media serta rakan-rakan artis

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terasa sepi, lama berdiam diri akhirnya Raissuddin mula luah rasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*