Ibu Tiri Allahy4rhamah Siti Sarah Ded4h Ini Yang Apa Arw4h Minta Sebelum Dibawa ke Hospital

“Pada hari dia dibawa ke hospital, arw4h minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Allahy4rham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemerg1annya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sak1t dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

Ibu Tiri Allahyarham Siti Sarah Dedah Ini Yang Apa Arwah Minta Sebelum Dibawa ke Hospital

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

“Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arw4h berehat selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

Ibu Tiri Allahyarham Siti Sarah Dedah Ini Yang Apa Arwah Minta Sebelum Dibawa ke Hospital

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arw4h suka bersedekah,” katanya.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat c0v1d-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebum1kan di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingkini.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ibu Tiri Allahy4rhamah Siti Sarah Ded4h Ini Yang Apa Arw4h Minta Sebelum Dibawa ke Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*