[VIDEO] “Kem4tian tak mengakhiri cinta” – Shuib k0ngsi video nyanyian terakhir Siti Sarah, lirik lagu Agnes Monica seolah-olah bagi ‘hint’

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arw4h sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shuib berkata, nyanyian Allahyarham sangat berbeza seolah-olah ingin cuba menyampaikan sesuatu.

“Assalammualaikum semua… sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ni hilang dari simpanan. Jadi saya abadikan didalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian arw4h pada 28 Julai lalu. Arw4h yang beria-ria mintak saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arw4h luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat Istimewa.

“Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arw4h cuba sampaikan… InsyaAllah arw4h kini tenang di syurga,” katanya.

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

shuib

Foto kenangan Shuib bersama arw4h Siti Sarah dan anak-anak mereka.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arw4h apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kem4tian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya s4kit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat cov1d-19.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang ku4rantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembed4.han dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam k4ndungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

TONTON VIDEO NYANYIAN SITI SARAH!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Kem4tian tak mengakhiri cinta” – Shuib k0ngsi video nyanyian terakhir Siti Sarah, lirik lagu Agnes Monica seolah-olah bagi ‘hint’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*