Di Usia 62 Tahun, Jamal Abdillah bakal timang anak kelima

KUALA LUMPUR: Penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kelima.

Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, kandungan isterinya, Datin Zai Izzati kini sudah berusia 12 minggu.

Berkongsi berita gembira itu, Jamal, berkata, sekiranya diizinkan oleh Allah, beliau dan isteri berharap agar dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” kata penyanyi lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir itu kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.

Menerusi pernikahan dengan Zai Izzati, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Issac Yamani juga diputerakan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 11.11.2020.

Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani,14, menerusi perkahwinan terdahulu.

Nur Azura merupakan anak perempuan tunggal Jamal.

Menurut Jamal, kehadiran seorang lagi ahli keluarga amat-amat membahagiakannya sekalipun pada usianya sudah mencecah 62 tahun.

“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” ujar Jamal lagi.

BUKAN TIKET BERSUKA RIA – JAMAL ABDILLAH GUNA KEBENARAN RENTAS NEGERI SEBAIKNYA

“Alhamdulillah, aktiviti saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak padat.

Selain menyanyi, saya juga mengusahakan ladang ternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah.

Jadi memang keraplah saya bergerak dari Shah Alam ke Perak… buat masa ini tiada halangan untuk menguruskan ladang kerana saya ada surat kebenaran untuk bergerak bila-bila masa.

“Mudahlah untuk saya uruskan perniagaan… saya memang guna kebenaran itu untuk urusan kerja sepenuhnya, tak pergi mana-mana.

Saya pun ada rumah di Ipoh, jadi lebih mudah urus kerja,” kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah apabila beliau mendapat kebenaran merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan miliknya yang terletak di negeri Perak.

Meskipun mendapat kebenaran, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, berkata, dia sama sekali tidak menggunakan kelonggaran itu sebagai tiket untuk bersuka-ria.

Jamal memberitahu kebenaran yang diberikan oleh kerajaan itu digunakan sebaik-baiknya bagi memudahkan urusan perniagaan dan bukanlah untuk tujuan peribadi.

Menyedari ada dalam kalangan selebriti termasuklah orang awam menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri, penyanyi lagu ‘Belenggu Rindu’ ini berkata ianya terpulang kepada individu berkenaan.

Namun mereka haruslah bersedia menerima apa jua tindakan termasuk dikomp4un atau did3nda jika didapati menyalahgunakan kebenaran tersebut.

“Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini.

Bagi saya itu atas diri sendiri. Sebagai selebriti kalau anda buat benda salah, jadi kena bersedialah terima apa jua akibatnya… ini semua pilihan sendiri,” ujarnya dipetik sebagai kepada mStar.

Kredit: mstar/awani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @trexmedia

Sumber : http://transformasi.

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Di Usia 62 Tahun, Jamal Abdillah bakal timang anak kelima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*