Dua Syarat Ayah Letak Untuk Bakal Pasangan

Pengacara, pembaca berita dan personality televisyen yang semakin meningkat naik iaitu Hawa Rizwana Redzuan kini mempunyai perjalanan karier yang amat baik.

Memiliki wajah yang cantik molek serta bakat dan karier yang baik, sudah tentu pertanyaan akan tertumpu siapakah yang memiliki hatinya. Akhirnya wanita kini sudah berumur 25 tahun ini, memberikan jawapannya.

Tentang status hubungannya, Hawa menyatakan, hatinya masih belum lagi dimiliki dan masih belum lagi ada terfikir tentang hal tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Walaupun sudah berumur 25 tahun, Hawa akui sebenarnya dia tak pernah bercinta sebelum ini, langsung tiada pengalaman.

Jelasnya, sememangnya fokus utamanya ketika ini ialah lebih tertumpu kepada kerjanya.

Saya memang memerlukan pengalaman kerja. Lagi pula saya tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki yang biasa tu itu memanglah ada.

Apabila ditanya telah antara ciri-ciri pasangan idaman yang mahu dimilikinya, Hawa berkata bapanya dah letakkan dua syarat kepada lelaki tersebut.

Ayah dah letak dua syarat. Pertamanya lelaki yang akan bangun untuk sembahyang Subuh kerana kalau dia bangun solat Subuh, insyaallah solat lain dia juga akan terjaga. Yang kedua pula, ayah mahu lelaki yang tak merok0k.”

Kalau saya pula, jika dapat, mahu bakal suami yang boleh terima saya semasa keadaan susah dan juga senang, ketika sak1t dan juga sihat, saling faham antara satu sama lain dan boleh beri ketenangan kepada saya di waktu saya dalam kegelisahan.

Untuk yang tak tahu, bapa kepada Hawa Rizwana bukan calang-calang orangnya, bapanya ialah Professor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Hawa Rizwana juga seorang yang amat cemerlang dari segi akademik dan berjaya menceburi bidang pengacaraan sebagai pembaca berita TV9, pengacara Wanita Hari Ini, rancangan Hello Doctor dan paling menterlah kini sebagai penyampai berita di Buletin Utama TV3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://asaskehidupan.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dua Syarat Ayah Letak Untuk Bakal Pasangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*