114 ahli Parlimen sokong Ismail Sabri dipanggil menghadap Agong

Kesemua 114 ahli Parlimen akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat.

SERAMAI 114 ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Kesemua mereka dipanggil bagi mengesahkan pendirian mereka terhadap sokongan tersebut.

Mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Menurut sumber, ahli Parlimen tersebut terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan wakil rakyat bebas yang menyokong naib presiden Umno itu sebagai perdana menteri.

Terdahulu, kesemua ahli Parlimen diberi tempoh sehingga pukul 4 petang Rabu untuk mengemukakan SD bagi menamakan calon perdana menteri yang baharu.

Sebanyak 114 undi yang diperoleh Ismail Sabri bermaksud bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri

Sumber : Mstar

Ketua parti selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua parti selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah berlangsung kira-kira dua jam.

Difahamkan, semua Ahli Parlimen diminta untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, ketua parti telah tiba di Istana Negara setakat pukul 2 petang di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara pemimpin terawal yang tiba pintu 2 Istana Negara.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -K! ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Transformasi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "114 ahli Parlimen sokong Ismail Sabri dipanggil menghadap Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*