[VIDEO] Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Arw4h Siti Sarah Menggunakan ‘Rubik Cube’ Buat Ramai Kagum.

PETALING JAYA – Jika sudah ada bakat seni dan idea kreatif semua benda boleh menghasilkan sebuah karya seni yang menakjubkan.

Itulah antara komen pengguna laman Facebook selepas melihat karya seni sebuah potret yang dihasilkan seorang lelaki dikenali sebagai Zabli Ab Hadi.

Menariknya, potret yang memaparkan pasangan selebriti yang juga pelawak dan penyanyi Shuib dan arw4h isterinya, Siti Sarah Raissuddin dihasilkan menggunakan permainan ‘rubik cube’.

Kosmo! difahamkan, potret pasangan selebriti itu dihasilkan menggunakan kira-kira 400 buah permainan rubik cube.

Menurut Zabli, rakaman klip video yang berdurasi 49 saat yang memaparkan dia menghasilkan potret tersebut adalah pertama kali menggunakan aplikasi TikTok.

Lihat video di bawah:

“Kali pertama buat TikTok, tobat malu, rakam pagi dan buat balik waktu rehat tengah hari, petang baru dapat edit,” tulisnya pada hantaran di Facebook.

Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, klip video berkenaan telah ditonton lebih 420,000 kali dan dikongsi lebih 18,000 pengguna.

komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:K! ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Arw4h Siti Sarah Menggunakan ‘Rubik Cube’ Buat Ramai Kagum."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*