P0nteng PdPR sebab sibuk cari rezeki, calon SPM jawab jujur apabila ditanya guru – “Saya kerja, kelas online susah nak faham

SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa keluar bekerja tatkala semua rakan seusianya sibuk dengan persiapan peperiksaan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh remaja tersebut di TikTok, dia memaklumkan bahawa gurunya telah menghubunginya kerana tidak muncul sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan.

Selepas pertanyaan itu dijawab kepada gurunya, remaja itu turut mended4hkan alasan dia ponteng PdPR disebabkan perlu mencari rezeki, menerusi video berdurasi 16 saat yang sehingga kini meraih hampir 130,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Syazani Sariff, 17, berkata dia terpaksa menjelaskan kepada gurunya bahawa dia tidak hadir ke kelas online kerana sibuk bekerja.

“Cikgu tanya kenapa tak masuk kelas online dia, sebab kadang-kadang saya pun tak perasan kalau ada WhatsApp masuk. Saya beritahu sebab bekerja, lagipun kalau masuk ke kelas online tu memang susah nak faham.

“Sebab saya lebih suka belajar face to face, lagi senang nak masuk apa yang diajar.

 

Syazani mula bekerja sebagai kelindan lori pada usia 16 tahun dan menjual ayam golek sejak Jun lalu.

“Tapi bila ada masa terluang saya ada la juga minta kawan-kawan untuk ajar mana yang tertinggal tu,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Menurut remaja yang mesra disapa Syazani itu, dia mula bekerja sejak berusia 16 tahun kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya.

Jelasnya lagi, hasil gajinya itu digunakan untuk membeli barang keperluan buat keluarganya.

“Saya mula bekerja sejak berusia 16 tahun lagi, mula-mula ikut lori untuk angkat barang orang yang nak pindah rumah. Saya mula bekerja di gerai ayam golek pula sejak Jun lalu.

“Jadi Isnin hingga Khamis saya bekerja di gerai, bila cuti Jumaat tu ikut lori pula. Saya buat kerja ni semua sebab tak mahu menyusahkan ibu bapa.

Biarlah pen4t waktu muda-muda ni, selagi berdaya saya buat je.

MUHAMMAD SYAZANI

“Dalam seminggu tu saya boleh dapat RM300 kalau bekerja di gerai. Hasil gaji tu tak habis dekat diri sendiri je, dengan duit itu jugalah saya guna untuk membeli barang buat keluarga,” ujarnya sambil menambah bapanya bekerja sebagai kontraktor.

 

Anak bongsu daripada lima beradik ini bekerja keras pada usia yang begitu muda kerana mahu mengejar impian dan cita-citanya tersendiri.

Dalam masa sama dia juga mengakui ibu bapanya Jaliah Adam, 53, dan Sariff Rose, 54, turut risau memikirkan pembelajaran dan keselamatannya yang keluar mencari rezeki dalam keadaan negara diser4ng wab4k Cv1d-19.

“Sebenarnya cikgu dan ibu bapa risau, mereka kalau boleh nak saya ulang kaji sebanyak mungkin untuk SPM.

“Bagi saya pula biarlah pen4t waktu muda-muda ni, selagi berdaya saya buat je. Pada saya, kalau nak apa-apa lebih baik berusaha sendiri sampai dapat.

“Usaha, doa, tawakal dan restu daripada ibu bapa menjadi kekuatan saya walaupun sebenarnya mereka risau saya bekerja dalam keadaan p4ndem1k ini.

Syazani (kanan) merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

“Tapi nak buat macam mana kan, saya bukan datang daripada keluarga yang senang. Saya bekerja ni pun untuk mengejar impian dan cita-cita.

“Saya merancang untuk mengambil kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam di Giat Mara. Cita-cita saya nak jadi seorang jurukimpal suatu hari nanti,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "P0nteng PdPR sebab sibuk cari rezeki, calon SPM jawab jujur apabila ditanya guru – “Saya kerja, kelas online susah nak faham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*