Shuib hantar satu pesanan suara kepada Aisar Khaled

KONTR0VERSI melawat kubur Allahy4rham Siti Sarah nampaknya selesai apabila suami penyanyi itu iaitu Shuib Sepahtu memaafkan personaliti media sosial, Aisar Khaled.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar oleh Shuib menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

Dalam rakaman tersebut, Shuib berkata dia sudah memaafkan kesilapan yang dilakukan Aisar dan tidak menyimpan dendam atas apa yang telah berlaku.

“Tak apa, dari awal apabila dapat tahu saya tengok video tu saya dah maafkan awak… tiada guna sak1t hati atau berdend4m.

“Saya nak mudahkan urusan semua orang, saya juga minta Allah permudahkan urusan saya, jadi saya tak nak menyusahkan orang lain. Tiada manusia sempurna di dunia, saya pun selalu buat salah dan dos4.

Aisar kongsi pesanan suara yang dihantar oleh Shuib.

“Banyak dosa saya dengan Allah tapi mungkin apa yang boleh kita ambil pengajaran janganlah berbuat kesalahan sama, mungkin kita tak perasan kesalahan itu adalah kesalahan yang tak sepatutnya kita buat,” kata Shuib.

Aisar mencetuskan kontr0versi apabila memuat naik video melawat ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak iaitu lokasi Siti Sarah dikebumik4n sebagai kandungan untuk laman YouTube miliknya pada 9 Ogos lalu.

Terima Kasih Abang Shuib… ujian seperti ini mengubah hidup saya.

Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak yang menganggap dia mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan keadaan yang berlaku.

Dalam pada itu, YouTuber berusia 21 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana menerima permohonan maafnya itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Aisar kesal dengan tindakannya memuat naik video melawat kubvr Siti Sarah.

“Terima Kasih Abang Shuib… ujian seperti ini mengubah hidup saya. MasyaAllah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Shuib turut mengingatkan Aisar supaya berpada-pada dalam menggunakan media sosial serta menjadikan ruang platform yang ada untuk tujuan baik.

“Saya doakan awak terus menjadi YouTuber hebat menggunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan.

“Jangan jadi orang yang terlalu seronok buat content sampai akhirnya apa kita buat makan diri sendiri. InsyaAllah kita kena ingat kem4tian hampir dengan kita cuma tak tahu bila.

“Awak orang hebat dan baik teruskan berbuat kebaikan,” kata Shuib.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembu.skan naf4s terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akib4t C0vid-19.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Instastory pada Rabu menitipkan pesanan kepada Aisar agar menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sharnaaz, dia sudah memberi pesanan kepada individu tersebut di laman sosial namun tiada nasihat yang perlu diberikan kerana beranggapan ia sesuatu yang sia-sia sahaja.

Menganggap individu tersebut masih muda, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui dia juga pernah melalui zaman itu.

Sharnaaz akui ramai orang kec4m dirinya terutama orang muda.

“Saya ada memberi teguran kepada orang itu di IG. Tiada nasihat yang boleh diberikan. Bagi saya, nasihat yang sia-sia… sebab esok lusa nanti buat lagi lepas itu minta maaf.

“Ramai saja orang hentam saya di media sosial terutama orang muda. Jadi biarkan… mereka pun masih muda. Enjoy la nak buat apa pun, buat la, janji gembira.

“Sampai masa, mereka pun akan ada otak juga. Mungkin sekarang apabila muda, sel otak banyak bersambung ke lutut… sama juga la ketika saya masih muda,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber: mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib hantar satu pesanan suara kepada Aisar Khaled"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*