Tular di media sosial milik penyanyi dangdut Amelina Amir yang berkongsi sebuah fotonya bersama anak Perdana Menteri ke-9 baru ini, mendapat perhatian wargamaya.
Amelina Kongsi Gambar Lama Bersama Dafi
Berikutan ramai yang berkongsi foto bersama Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri di media sosial sempena meraikan perlantikannya, membuatkan penyanyi jelita ini juga ingin berkongsi meraikannya.
Tetapi oleh kerana tidak mempunyai gambar bersama Perdana Menteri, Amelina berkongsi sebuah foto lamanya bersama anak Perdana Menteri iaitu Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi di Instagramnya.
“Haishhh jelez tau, kawan-kawan semua upload foto dengan Dato @ismailsabri60 tapi kita tak ada sebab kalau ada event pun, habis jer show terus cabut balik tak sempat nak ambil-ambil gambar. Pastu kak long ni penyegan ya amat!!!
TAK KIRA KAK LONG NAK JUGAAAAAA!!
Btw kak long ada gambar dengan adik comel ni foto 6 tahun lepas, rare tak rare.. Dengan anak PM tawuuuu.. Haaa… KAU ADO?? (tiber kak long kekwat)
Tak dapat bergambar dengan ayah, dengan anak pun I dah kakwat dah ni. Take care adik @dafiismailsabri Ingat tau kak long sayang adik tawuuu… hihihihi (tiber)
Disind1r Netizen, Amelina Beri Jawapan Padu
Melihat hantaran yang dimuatnaik Amelina bersama anak Perdana Menteri itu, membuatkan segelintir wargamaya meny1ndir seolah-olah kurang senang dengan perlantikan Dato Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan menyatakan akan lebih banyak program hiburan di televisyen berbanding program dakwah.
“Lepas ni banyaklah show yang dalam televisyen yang bukan ,, show dakwah mukin kurang”
Menjawab persoalan wargamaya itu, Amelina menasihati agar wargamaya berfikiran bersih dan elak dari melakukan fitn4h dan membuat andaian yang tidak baik.
“Astaghafirulahalazim.. Cubalah berfikir dengan fikiran yang cantik, bersih cubalah jangan trigger benda-benda yang boleh datangkan fitn4h dan dos4 TEKNIK M.L.M ni.
Semua pokok pangkal diri sendiri, iman dan takwa tu rahsia manusia tu dengan Allah. Malah dosa aib awak pun rahsia awak dengan Allah. Bila awak cakap macam ni, macam semua kami ni j4hil.
Sudah-sudahlah tu. Bersihkan hati dan fikiran jangan hina-hina atau mengandai-andaikan benda-benda yang boleh buat orang rasa seronok untuk panjangkan umpat-umpat keji ni. Terima kasih dik.. Doakan baik-baik jer.”
Seperti kata Amelina, doakan yang baik-baik saja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.dnq.pw
Be the first to comment on "Gara-Gara Muat Naik Gambar Dengan Dafi, Amelina Bal4s Sind1ran Netizen"