Masih Lagi Tak Ded4h Nama Tapi Andi Bernadee Bagi ‘Klu’ Siapa Yang S0nglap Duit Dia

Kuala Lumpur: Penyanyi Andi Bernadee, 29, memaklumkan suspek yang melakukan pec4h amanah dan s0nglap wang RM70,000 miliknya itu ialah seorang pengurus artis.

Ia susulan ramai berteka-teki serta memintanya untuk mended4hkan saja siapa individu berkenaan bagi mengelak salah faham.

Penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana ia masih dalam proses siasatan.

“Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi muka suspek selagi kes dalam siasatan. Sebaik kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia.

“Percakapan dan penulisan saya juga perlu berhati-hati supaya saya tidak dis4man kembali. Alhamdulillah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu. Maklumlah, suspek juga pengurus kepada seorang lagi artis,” katanya.

Dalam pada itu, Andi turut meminta mana-mana pihak supaya tidak memetik nama sesiapa bagi tidak mengeruhkan keadaan.

“Diam. Jangan sebut-sebut kat media sosial. Nanti awak pula kena s4man, saya tak tahu,” katanya.

Kelmarin, Andi tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, berhubung seorang individu didakwa melakukan pec4h amanah dan ‘s0nglap’ wang miliknya sebanyak RM70,000.

Lebih menyed1hkan, individu yang paling dipercayainya itu turut memburvkkan namanya dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Laporan itu juga dibuat untuk memberi am4ran kepada rakan dalam bidang lain supaya tidak menjadi m4ngsa individu itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : hmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Masih Lagi Tak Ded4h Nama Tapi Andi Bernadee Bagi ‘Klu’ Siapa Yang S0nglap Duit Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*