“Hari Minggu Yang Selalu Dinanti…,” – Isi Masa Bersama, Nur Fazura Kongsi Minat Fatima Gemar Dengar Azan

Pelakon Nur Fazura mengisi hujung minggu bersama permata hatinya, Nur Fatima Aisya yang kini mencecah usia lebih 10 bulan.

Sambil berkongsi beberapa foto kandid yang dirakam suami yang juga pelakon, Fattah Amin, Fazura pada masa sama berkongsi kecenderungan anaknya yang gemar mendengar azan.

Malah jelasnya lagi, Fattah turut mengambil inisiatif dengan memperdengarkan laungan azan dari Makkah di YouTube buat anak tersayang.

Perkara tersebut dikongsikan Fazura menerusi satu hantaran Instagram yang dikemas kini.

“Hari minggu yang selalu dinanti bila dapat peluang spend time dengan Fatima. Memang dia akan melekat macam ni je selalunya.

“Pastu dia paling suka dengar azan. Kalau dah habis, daddy akan pasang azan dari Makkah kat YouTube and dia akan khusyuk tak bergerak macam ni.

“Gambar terakhir tu dia tengah berdoa. Maybe untuk kita semua supaya terus kekal bertabah,” tulisnya pada ruangan ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan pelbagai reaksi seterusnya mendoakan yang baik-baik buat Fazura sekeluarga.

Untuk info, Fatima dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Foto: Instagram Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hari Minggu Yang Selalu Dinanti…,” – Isi Masa Bersama, Nur Fazura Kongsi Minat Fatima Gemar Dengar Azan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*