“Brand Besar Senang-Senang Je Ambil Idea Aku..” -Pereka Fesyen Kecew4 Rekaan Tudung DicipIak Jenama Terkenal

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di laman Twitter mengenai sebuah video yang menunjukkan seorang pereka fesyen, Yusfariq Iqmal menangis teresak-esak berikutan idea rekaan tudung magnetik nya dic1plak oleh oleh sebuah jenama tudung terkenal.

Kecew4 Idea Diciplak

Menurut Yus, yang menjalankan perniagaan tudung jenama The Jasmine sejak 2019, dia telah bekerja keras untuk memperkenalkan alternatif tersebut kepada para wanita untuk memakai tudung dengan lebih mudah. Malah pandangan orang ramai serta pelbagai kajian telah dibuat bagi memperkenalkan jenamanya itu. Bagaimanapun, usahanya selama ini seperti sia-sia apabila jenama terkenal tersebut turut memperkenalkan koleksi terbaharu seakan sama seperti ideanya.

“Brand besar senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba yakinkan orang dan aku buat R&D.

“Aku sampai pernah mengalami tekanan perasaan.

“Awal-awal okay tapi bila sampai pertengahan aku rasa nak mengalah. Aku nak tukar bisnes, berkali-kali aku fikir nak tukar bisnes. Dan aku masuk satu kelas ini, dia cakap fokus sahaja apa yang ada ditangan. Ya aku fokus dan aku fokus.

“Aku perbaiki, aku perbaiki apa yang pelanggan adukan dan aku perbaiki semuanya. Pada penghujungnya aku bersyukur sebab aku perkenalkan idea ini.

“Pengasas jenama besar ini setiap tahun buat hal dan dia pernah menjadi idola. Kalau awak nak buat kerjasama ayuh jalankan kerjasama” luah Yus sebak

Harap Dapat Berhenti Tiru Idea Jenama Lain 

Dalam pada itu, dia turut berharap agar pengasas jenama tersebut dapat berhenti meniru idea orang lain terutamanya daripada jenama-jenama kecil yang baru mula bertapak di dalam industri fesyen.

“Aku sak1t hati bila ada orang amik idea sedangkan mereka tak tahu betapa susahnya aku nak kekalkan produk ini dalam market. I hope she can stop copying small business idea,” katanya lagi

Menerusi carian Murai.my, jenama terkenal tersebut kini trending di laman Twitter berikutan orang ramai meluahkan rasa kecewa serta mengecam tindakan mereka yang meniru idea orang lain. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama jenama tersebut terpalit dengan isu ini kerana terdahulu beberapa jenama lain turut mendakwa jenama milik seorang usahawan terkenal itu turut meniru idea mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : muraimy

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Brand Besar Senang-Senang Je Ambil Idea Aku..” -Pereka Fesyen Kecew4 Rekaan Tudung DicipIak Jenama Terkenal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*