[VIDEO]Niat Nak Hantar Borang Nikah, Sekali Pasangan Ini Dapat Nasihat Khas Daripada Polis Trafik

Seperti mana yang kita tahu, urusan pernikahan bukanlah perkara mudah kerana perlu melalui pelbagai fasa sebelum ikatan itu sah

Tambahan pula dengan keadaan pandemik sekarang yang mengekang kita untuk ke hulu ke hilir dengan mudah kerana tidak boleh merentas daerah dan negeri, pasti akan melecehkan lagi proses pernikahan tersebut.

Namun, lain pula yang berlaku di dalam video viral ini apabila sepasang bakal pengantin mendapat nasihat daripada polis trafik menarik tumpuan ramai.

Nak hantar borang nikah, sekali kena tempuh roadbl0ck

Menerusi perkongsian video daripada @rashidismailrashidismail, kelihatan dia ketika itu sedang menuju ke sebuah lokasi untuk menghantar borang permohonan nikahnya bersama pasangan.

Namun, mereka terpaksa melalui jalan yang mempunyai roadblock dan meminta izin terlebih dahulu daripada polis trafik dan menunjukkan bukti ingin menghantar borang nikah itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila pegawai polis yang sedang bertugas semasa itu sempat memberikan nasihat kepada mereka tentang asam garam hidup berumah tangga dalam tempoh lima tahun pertama.

“Lima tahun perkahwinan adalah tempoh untuk mengenal. Jadi kita kena bersabar, kita yang lelaki kena kurangkan ego kita. Orang kata beras kita beli, tak semestinya kita betul. Lagi satu kalau nak tahu rezeki, jaga isteri. Jangan ada sk4ndal. Jaga isteri inshaAllah ada rezeki. Lepas tu amalkan solat Dhuha,” nasihatnya.

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

“Bukan senang nak dapat abang trafik yang sporting. Banyak yang jumpa tegas je macam nak makan orang” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 737.4K tontonan, 88.7K tanda suka serta 7.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan cara polis berkenaan memberikan nasihat buat pasangan tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image from @rashidismailrashidismail (TikTok)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber  :  https://says.com via http://newzpower.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO]Niat Nak Hantar Borang Nikah, Sekali Pasangan Ini Dapat Nasihat Khas Daripada Polis Trafik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*