Pernah viral memilih lelaki dari benua Afrika sebagai teman hidup, nama Fila Amir masih menjadi tumpuan netizen di media sosial. Fila yang kini menetap bersama suaminya di Conakry, Guinea dilihat sering berkongsi aktiviti hariannya ketika berada di sana.
Menerusi video terbaru di Youtube Channel Mr & Mrs Camara, Fila dan suaminya, Adama Mohamed Camara dilihat memberi Al-Quran kepada pelajar tahfiz di Nzerekore. Menurut Fila, mereka telah menerima sumbangan berbentuk wang daripada rakyat Malaysia untuk program penyerahan Al-Quran tersebut. Ujar Fila, dia seronok melihat reaksi pelajar tahfiz di Nzerekore sebaik sahaja menerima sumbangan tersebut. Tambah Fila, pelajar di sana turut meluahkan rasa seronok sebaik sahaja melihat ketibaannya dan suami.
Selain melakukan program penyerahan Al-Quran kepada pelajar tahfiz, Fila turut berkongsi video cara menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana. Lebih menarik, Fila sempat memotong rambut dan makan makanan tradisional di kawasan kampung suaminya itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Adama kerana sering bertanya kepada Fila sama ada isterinya itu berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Di samping itu, netizen turut tersentuh melihat keadaan masyarakat di Nzerekore.
Menerusi tinjauan pihak OhBulan! jumlah pengikut Fila dan Adama di Youtube dilihat semakin bertambah dan video penyerahan Al-Quran tersebut telah meraih lebih daripada 140 ribu tontonan.
Sumber: Mr & Mrs Camara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Oh Bulan
Be the first to comment on "[VIDEO] Beri Sumbangan Al-Quran Untuk Pelajar Tahfiz Di Guinea, Wanita Ini Teruja Penduduk Setempat Dah Kenal Malaysia"