Demi Cari Duit Beli Aksesori Toca Boca, Anak Wawa Zainal Jadi Pelakon

Siapa sangka, anak kedua kepada pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel iaitu Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6, kini bergelar pelakon! Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Wawa menerusi kemas kini di Instagram Storynya semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Wawa berkata, dia berasa agak ‘ser4m’ memandangkan barisan pelakon yang turut sama membintangi drama yang tidak didedahkan judulnya itu merupakan nama-nama besar dalam industri.

“Alamak, Hayla tak nervous ke berlakon dengan pelakon hebat? Mama pula yang ser4m,” tulisnya.

Menerusi imej yang dikongsikan, Hayla yang memegang watak sebagai Syu bergandingan dengan pelakon-pelakon gred A seperti Syukri Yahya, Nabila Huda, Amirul Afendi dan Adlin Aman Ramli.

Syukri Yahaya yang memegang watak sebagai Hady merupakan ayah kepada Syu.

Menerusi perkongsian kedua, Wawa turut menjelaskan kesungguhan Hayla yang sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.

“Sebenarnya Hayla belum bersedia nak berlakon. Tapi dia nak sangat ada duit sendiri, dia nak beli aksesori Toca Boca banyak-banyak.

Jadi dia sanggup shooting pagi sampai malam katanya. Tapi tengoklah macam mana lakonan dia, boleh ke tak.

Kalau tak boleh terpaksa tarik diri. Risau pula menyusahkan pelakon lain,” tulis Wawa lagi. Wawa yang kini hamil tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama Aeril pada 2013.

Mereka kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Demi Cari Duit Beli Aksesori Toca Boca, Anak Wawa Zainal Jadi Pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*