Pelakon Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di lokasi peranginan terkenal, Pulau Langkawi, Kedah, semalam (16 September) bersama suami, Nedim Nazri dan anak lelaki mereka, Mohamed Neqayl Nedim.
Nora berangkat dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan menginap di sebuah hotel terkemuka.
Belum 24 jam berada di sana, Nora, 39, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto ‘outfit’ pantai bersama kawan baiknya, usahawan Puteri Zarith.
Memilih untuk mengenakan shorts bikini swimsuit itu telah mengundang netizen untuk mengecam dan menegur di Instagram (IG) miliknya.
Tanpa dia, mungkin kami tak pegi Langkawi secepat ini, you are the best la booboo. Hug kiss hug kiss.
Di ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tidak seharusnya pelakon filem Polis Evo itu berpakaian sebegitu memandangkan statusnya seorang isteri dan ibu dengan usianya yang bakal menginjak 40 tahun.
Malah, ada segelintir yang mengaitkan dengan momen Nora berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu.
Bagaimanapun, selepas menerima kata-kata ‘pedas’, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif memilih untuk menutup ruangan komen tersebut.
Untuk rekod, inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula semalam bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan dalam negara dibuka.
Sumber: Instagram @noradanish
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : muraimy
Be the first to comment on "Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kec4m Netizen, Kali Ni Nora Danish Terus Tutup Ruang Komen"