Sejak semalam dunia hiburan heboh mengatakan bahawa Zizi Kirana akan diijab kabulkan hari ini dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon iaitu Yusuf Bahrin.
Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.
Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.
“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!
“Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya dah bekerja macam biasa… cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya.
Dalam muatnaik terbaru di Instagram Zizi, beliau memuatnaik gambarnya dan Yusuf berukuran passport dan mungkin boleh menjawab segala persoalan sejak semalam.
View this post on Instagram
Dalam story Zizi Kirana juga terdapat video beliau sedang bersiap dengan busana pengantin.
VIDEO :
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.dnq.pw/
Be the first to comment on "Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Bernikah Hari Ini"