“My Heart Is Br0ken…,” – MV Peluang Kedua Hil4ng Selepas Akaun Youtube Digod4m

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi khabar sedih selepas memaklumkan saluran Youtube miliknya, Nabila Razali Entertainment telah hilang akib4t digod4m oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, muzik video lagu Peluang Kedua hasil kolaborasinya bersama rapper, MK yang telah pun memiliki berpuluh juta tontonan turut telah hilang daripada platform berkenaan.

“Ya Allah Youtube Channel Nabila Razali Entertainment kena hacked. Peluang Kedua Nabila Razali Feat MK gone,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.

Katanya lagi, ins1den berkenaan sememangnya membuatkan hatinya terpukul lebih-lebih lagi bila mengenangkan mengenai usaha yang telah dilakukannya selama ini.

Bagaimanapun, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini memaklumkan, dia bersama seluruh ahli pasukan sedang berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan kembali akaun tersebut.

“My heart is br0ken. My team tengah discuss with YouTube to slove this problem.

“Hopefully Bella dapat balik channel tu. Korang doakan please,” kongsinya lagi.

Memetik laporan Mstar, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib mended4hkan pihaknya hanya menyedari mengenai kehilangan akaun yang memiliki jumlah pengikut seramai 400,000 itu selepas dimaklumlan oleh seorang peminat menerusi laman Twitter.

“Pagi ini pengguna Twitter memberitahu mengenai akaun Youtube Nabila Razali hilang. Mereka tanya kena god4m ke sebab dah tak ada.

“Saya semak email dan mendapati ada video yang dimuat naik tanpa pengetahuan kami telah diturunkan oleh pihak Youtube kerana terdapat pelanggaran terma dan polisi laman tersebut.

“Emel kedua pula memberitahu, saluran Youtube tersebut telah ditutup. Kita pun tak tahu punca sebenar. Sekarang ni team kami sedang usaha mendapatkan semula akaun itu,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, Asrul turut menzahirkan rasa kebimbangannya sekiranya akaun tersebut tidak dapat diselamatkan dan terpaksa ditutup buat selama-lamanya.

“Akaun tu kita buat April 2020 semasa lancarkan lagu Peluang Kedua yang sehingga kini menerima lebih 32 juta tontonan.

“Sayangnya sebab takkan lagu baru akan datang kita nak kena buat channel baru. Nak mulakan semula bukang senang. InsyaAllah kita akan usahakan untuk dapatkan semula,” kongsinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Asrul memaklumkan Nabila dijangka bakal menerbitkan single terbarunya tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Nabila Razali & Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“My Heart Is Br0ken…,” – MV Peluang Kedua Hil4ng Selepas Akaun Youtube Digod4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*