Umum mengetahui, penyanyi, Elyana sudah dimasukkan ke sebuah hospital di sekitar Selangor, bagi menjalani raw4tan kimoterapi.
Terbaru, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini merayu kepada orang ramai agar tidak menceritakan pengalaman kenalan rapat mahupun keluarga mereka yang tewas kerana k4nser.
Pada saat saya sedang menjalani rawatan chemotherapy. Saya merayu sangat-sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana k4nser dihentikan. Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan ment4l dan fizikal. Jangan menakut-nakutkan pesak1t yang sedang sak1t. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan.
Di Instagram, Elyana memohon kepada semua pihak agar berhenti menceritakan pengalaman yang menakutkan terutama melibatkan pesak1t k4nser. Ujar Elyana, dia sedang bertarung dengan mental dan fizikalnya sendiri pada waktu ini. Oleh itu, dia tidak mahu kisah-kisah tersebut membuatkan emosinya terjejas.
Dalam perkembangan lain, Elyana bersyukur sesi kimoterapi yang pertama sudah berjalan dengan baik. Jelas Elyana, doktor tidak boleh nampak atau bercakap mengenai sebarang perkembangan selepas sesi pertama dan kedua kimoterapi. Namun, sesi ketiga dan seterusnya barulah mereka akan mengetahui mengenai perkembangan dan kesan daripada sesi kimoterapi yang sudah dilakukan itu.
Elyana turut memohon doa daripada semua pihak agar dia mampu melawan peny4kit k4nser ini. Pada masa yang sama, dia mahu pulang ke rumah dengan segera untuk bersama anak-anaknya. Terdahulu, Elyana mengambil keputusan untuk masuk ke hospital selepas lebih daripada sebulan menahan sak1t dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain.
Sumber: Elyana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Oh Bulan
Be the first to comment on "Jangan Kongsi Kisah Pes4kit K4nser Yang Tew4s, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’"