[VIDEO] Par0di Squid Game Oleh Jihan Muse Undang Tawa, “Aku Kan Ger4m Je Tengok”

Siapa sahaja yang tidak mengenali insan seni bernama Jihan Muse ini. Seorang pelawak, pengacara dan pelakon, Jihan Muse antara selebriti berbakat besar yang bijak membawa diri biarpun agak selamba orangnya.

Manakan tidak, lihat sahaja video-video parodi Meletop yang dihasilkannya. Mimik muka memang selamba habis dan kadang-kadang sangat kreatif.

Terbaharu video parodi Squid Game oleh Jihan Muse yang disiarkan dalam rancangan Meletop ini telah membuatkan ramai terhibur. Menerusi rakaman itu Jihan Muse melakonkan karakter robot patung besar dalam episod permainan ‘Green Light, Red Light’.

Namun apa yang disebutkan oleh Jihan lain dari dalam episod drama tersebut. Bunyinya macam biasa dengar sahaja. Apa kata korang tengok sendiri rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini:

@nothingelse0002

Parodi jihan #fyp #masukberanda #squidgame #fypage #jihanmuse #danialzaini #esekeli

♬ bunyi asal – Nothing else 🕊

Lah…Rupanya Jihan Muse mengajuk orang membeli surat khabar lama dan tilam terpakai yang biasanya menggunakan lori dan berjalan di kawasan perumahan. Perkongsian rakaman parodi Squid Game oleh Jihan Muse ini telah meraih lebih 376 ribu tontonan dan 26 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikannya dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Bahahaha dek4h aku gelak. Buat hal la Jihan”

Jihan buat parodi squid game 3

“Dia tak nak tergelak ke si0t masa buat camtu? Risau kadang dengan Jihan ni”

Jihan buat parodi squid game 2

“Aku kan gera4m je tengok Kak Jihan ni”

Jihan buat parodi squid game 1

 

 

Sumbernothingelse0002

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Par0di Squid Game Oleh Jihan Muse Undang Tawa, “Aku Kan Ger4m Je Tengok”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*