Pendakwah terkenal, Ebit Lew dipercayai telah dipanggil sekali lagi oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan seksual mengaitkan dirinya, semalam.
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, beliau hadir bersama isterinya bagi membantu siasatan.
“Kita memanggil beliau sekali lagi bagi memenuhi keperluan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas.
Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Hari ini di Facebook rasmi Ebit Lew, beliau telah memuat naik 1 gambar terbaru. Selepas sejam gambar tersebut dimuat naik ia telah mendapat 28 ribu tanda suka.
“Segala puji bagi Allah” – Ebit Lew
Ratusan komen telah membanjiri posting gambar tersebut dan kebanyakkannya mendoakan kesejahteraan Ebit Lew.
“Alhamdulillah. Semoga ustaz sentiasa dalam Lindungan Allah SWT. Jangan stress2 ya ustaz. Hidup ni penuh dengan ujian. Allah uji kerana Allah sayang. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua”
“Assalamualaikum ustaz selalu cakap Allah bagi ujian sebab Allah sayang Allah sayang kat ustaz aamiin…”
Sahabat baik titip pesan buat Ebit Lew
Kontroversi melanda Ebit Lew sejak akhir-akhir ini membuatkan seorang sahabat karib kepada penceramah terkenal itu tampil menitipkan pesanan kepada beliau sekali gus menjawab persoalan yang ditanyakan orang ramai kepada wanita berkenaan.
Menerusi perkongsian di Facebook milik Noor Laila Aniza Zakaria, pemilik akaun itu menjelaskan sudah lama berkawan baik dengan Ebit malah banyak artikel ditulis mengenai kebaikan penceramah itu tular di laman media sosial.
“Buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew, seandainya apa dikatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkan kamu daripada segala kesulitan hidup dan kesakitan yang kau tanggung sehingga melakukan kerosakan sebegini besar, ketahuilah ia kerosakkan yang besar.
“Pasti ada ubat dan penawar, ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat, terlalu ramai ingin menolong kamu, sangat ramai,” tulisnya.
Katanya kepada Ebit Lew, setiap tipu daya juga tidak boleh ditutup dengan tipu daya.
“Adalah satu kemuliaan untuk memohon maaf, berhenti melakukannya dan mengawasi dirimu dengan sehabis baik selain duduk berdamping bersama dan belajar bersama guru yang alim.
“Sekiranya ia merupakan fitnah kepadamu, semoga Allah memberi ganjaran dengan sebanyak kebaikan yang tidak terhitung,” jelasnya yang bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik.
Beliau turut memberi pesan kepada orang ramai yang tidak mengetahui kebenaran kisah itu agar tidak menyokong serta mengeji.
Sumber : Ebit Lew / Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Sahabat baik titip pesanan, ini status terkini dari Ebit Lew lepas lama berdiam diri"