“Sudah Lama Terima Gelaran Itu” – Soffi Jikan Sudah Bergelar Dato’

Pelakon Soffi Jikan kini hangat diperkatakan netizen selepas memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan namanya di Wikipedia sudah mempunyai gelaran Dato’.

Bagaimanapun pelakon yang terkenal dengan slogan Kasi Sengat itu tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut kerana ia berkaitan urusan undang-undang.

Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapan sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kasi sengat (@soffijikan)

Soffi, 50, tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang komen kerana bimbang jika ada tersilap kata. Ditanya sama ada bimbang jika ada pihak akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi hanya tertawa kerana menurut beliau baki dalam akaunnya hanya tinggal RM1.

Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit nak beli macam mana? Tak masuk akallah.

 

Tapi apa pun saya syukur. Allah berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang

Pelakon Rock Oo itu bagaimanapun tidak mahu orang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana baginya dia hanya manusia biasa dan bukan orang yang senang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : MOTIFVIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sudah Lama Terima Gelaran Itu” – Soffi Jikan Sudah Bergelar Dato’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*