Youtuber buat prank gertak pengunjung pusat beli belah undang kritikan, “Acah content matsaleh…”

Dalam zaman media sosial ini, ramai yang cuba meraih pengikut dengan menghasilkan kandungan-kandungan menarik sama ada dalam bentuk maklumat dan informasi berguna, atau video-video lucu.

Video-video prank juga menjadi pilihan ramai yang suka menyakat orang lain untuk melihat reaksi lucu orang awam yang menjadi mangsa mereka. Namun kadang kala ada prankster yang terlampau mementingkan lawak untuk kandungan mereka sehingga tidak memikirkan perasaan mangsa yang ingin dikenakan prank.

Situasi ini dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini di mana seorang Youtuber mengenakan prank terhadap orang awam yang mengunjungi pusat beli belah untuk menghiburkan pengikutnya.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Priyanka, lelaki itu dilihat menuruni eskalator sebelum berpura-pura ingin menampar pengunjung pusat beli belah yang menaiki eskalator di sebelahnya.

Gertakkan itu membuat ramai terkejut dan cuba mengelak, malah 2 gadis dilihat melarikan diri kerana takut. Youtuber itu kemudian menyatakan betapa penat usaha pranknya itu hanya untuk menghiburkan pengikutnya.

Tindakan youtuber itu ternyata mengundang kritikan ramai kerana tidak mengambil kira perasaan orang lain semata-mata untuk membuat konten.

“acah content matsaleh…”

“Celah mana ‘menghiburkan’?”

“Kat situ juga aku loncat kat excalator sebelah…”

Sementara itu jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Youtuber buat prank gertak pengunjung pusat beli belah undang kritikan, “Acah content matsaleh…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*