“Kena Cuci Kotoran Fitn4h” Dakwa Diperguna Iqbal, Vida Terpaksa Cerita Perkara Sebenar

Kontr0versi yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Selepas terpalit dengan kemelut ‘panas’ yang tidak pernah putus setiap minggu, Vida membuat satu keputusan bagi menamatkan segalanya.

Kata Vida kepada OhBulan!, dia tidak akan meneruskan perkahwinan dengan Iqbal yang sepatutnya berlangsung pada Disember ini. Menurut Vida, 49, Iqbal telah berubah menjadi manusia yang sibuk mengejar populariti.

Malah dakwa pemilik nama Hasmiza Othman, dia telah dipergunakan Iqbal selepas tergamak menjaja kisah peribadi demi kepuasan diri.

Saya dengan Iqbal tak jadi kahwin. Kami memang dah tak berhubung..dia bukan Iqbal yang saya kenal sebelum ini.

Iqbal pergunakan saya dengan jaja kisah peribadi menerusi muzik video (MV) single pertamanya. Dia dah sampai ke destinasi yang dia impikan.

Sekarang ini, saya terkapai-kapai seorang diri nak kena cuci kotoran fitn4h. Satu Malaysia dah tau kami nak kahwin. Bila terpalit dengan kontroversi, sales saya terjejas teruk.

Ketika ditanya respon selepas menonton MV berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Vida meluahkan rasa kesal apabila Iqbal tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ demi meraih simpati dan populariti.

Dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang demi menagih simpati dan meraih populariti orang ramai. Dia memang lapar populariti sampai sanggup buat apa saja demi nak kabulkan impian dia.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin tahun ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui disusuli dengan isu berpanjangan.

KOMEN NETIZEN :

Sumber: Instagram @datoserivida

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://bartasangbad.site/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kena Cuci Kotoran Fitn4h” Dakwa Diperguna Iqbal, Vida Terpaksa Cerita Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*