PETALING JAYA – Seorang lagi individu tampil ke hadapan berhubung isu ‘diani4ya’ oleh restoran yang menjual hidangan seekor ikan siakap ‘kayangan’ di Langkawi.
Menerusi satu hantaran di Facebook Rohani Osman berkata, dia memesan ikan siakap masak tiga rasa, udang masak pedas dan sebagainya.
Katanya dia sedia maklum makan di sebuah restoran terapung pastinya mahal dan menganggarkan nilai yang perlu dibayar sekitar RM600 hingga RM700.
“Namun, apa yang mengekutkan, apabila sampai sahaja bil, kami perlu membayar sebanyak RM1660.
“Bukan tidak mampu untuk membayarnya tetapi terasa seperti dianiaya,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, dia tidak dimaklumkan oleh peniaga premis tersebut berat ikan siakap yang diberikan sehinggalah ditunjukkan dalam resit yang diberikan.
“Kami diberikan ikan siakap seberat 4.98 kilogram (kg). Ramai yang terkena sebab peniaga tidak maklum dan tunjukkan dahulu ikan kepada pelanggan.
“Saya akan jadikan ini sebagai satu pengajaran, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di hadapan mata,” ujarnya.
Difahamkan, restoran yang dikunjungi Rohani merupakan restoran yang sama tular di media sosial mengenakan caj yang tinggi kepada pelanggannya.
Sebelum ini, seorang pengguna media sosial mendedahkan terpaksa membayar lebih RM1,196 bagi menikmati hidangan ikan siakap seberat 7 kg di restoran sama.
Rohani menunjukkan bil yang perlu dibayarnya setelah selesai makan hidangan yang disediakan restoran terbabit.
Lagi kes, pelanggan terkena Siakap Langkawi
Usahawan kongsi pengalaman nyaris ‘terkena’ hidangan ikan siakap
LANGKAWI: Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf ‘kayangan’ bagi mengelak ‘terkena’ dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera.
Individu berkenaan, Mazlina Kamarudin, 54, yang juga usahawan industri ayam berkata, beliau dan sekumpulan pengurusan syarikat yang bermesyuarat di pulau berkenaan turut berkunjung ke restoran berkenaan sebelum isu berkenaan viral.
“Sebenarnya Mommy dan team ke Langkawi dan menyertai aktiviti menyelusuri hutan bakau di sekitar pusat ternakan terapung itu yang ada restoran.
“Maka, Haji (suami) pun ke kaunter. Tengok menu. Memanglah hajat di hati. Mahu belanja team. Makan ikan hidup… Segala bil boleh saja claim (tuntut) daripada syarikat kerana kami ada business trip,” tulis beliau dalam hantaran Facebook miliknya, Mazlina Kamarudin MK.
Tulisnya, suaminya, Jaffri Ahmad, 57, kemudian ke kaunter untuk bertanyakan harga makanan terutama siakap yang popular di restoran itu namun kembali ke meja dengan perasaan berbaur.
“Lama Haji di kaunter. Dia lihat-lihat menu. Mommy turuti. Dan Mommy lihat. 100 gram adalah RM16 dan ada yang 100 gram RM18.
“Wow. Sekilo dah RM180. Tak kan kita berlapan nak makan sekilo saja. Jom lah abang. Mahal,” katanya yang kemudian memilih untuk beredar dari premis berkenaan tanpa menjamah apa-apa.
Jelasnya, semua pengunjung perlu bersikap bijak apabila berkunjung ke restoran seumpama itu bagi mengelak rasa tertipu.
“Itu stail Mommy. Nak makan. Tanya kalau harga tak ditulis. Kira. Memang tak makan kalau mahal. Barang dia. Duit kita.
“Cuma… tuan kedai pun tak boleh tricky sangat. Maklumkan dulu. Harga seekor ikan ni selepas masa RM1,200 ya. Tuan ok ka?” jelasnya.
Beliau tidak menafikan bukan semua pelanggan akan teliti dan mengambil sikap bertanya dahulu namun pemilik restoran juga perlu bersikap lebih bertanggungjawab.
“Tak semua telitikan harga RM18/100 gram. Lagipun cara kedai itu orang tak sangka pun boleh keluar bil ribu riban kecuali makan di hotel. Atau tempat mewah. Itu orang dah ready (bersedia)
“Nak kata Mommy kedekut. Ya juga. Tapi Mommy sanggup bagi makan untuk 400 orang sehari. Nasi berlaukkan ayam. Nilainya lebih kurang RM2,000 setiap hari,” kata pengasas Rumah Makan Percuma ini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Be the first to comment on "“Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya” Kak Ani pesan udang, siakap Langkawi, sekali bila dapat bil buat dia terkedu"