Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kem4tian, Pemandu Ambulans Terkedu Bila Sampai

Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pembantu kesihatan menerusi satu thread di laman Twitter menceritakan satu insiden seram yang mungkin tidak dapat dilupakan. Menerusi video pendek tersebut, dapat dilihat satu lembaga misteri berpakaian putih yang dilihat seperti pocong.

Video pendek seram

Cerita sebenar : 

Ujar lelaki ini, video tersebut bukannya dirakam sendiri olehnya tetapi telah dirakam oleh seorang pemandu ambulans. Kisahnya bermula, apabila kawannya perlu standby sewaktu bekerja dan menerima panggilan pada jam 2 pagi yang menyatakan terdapat satu mayat yang perlu disahkan ketika itu juga.

Susulan daripada menerima panggilan tersebut, kawannya meminta supaya pemandu ambulan bersedia dan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum menuju ke lokasi kejadian.

Nampak sesuatu yang seram

Ketika sampai di lokasi tersebut, rumah allahyarham dipenuhi dengan orang ramai yang sedang berkumpul. Berikutan kawasan hadapan rumah itu dipenuhi dengan kereta dan motosikal, perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan ambulans tersebut mengalami kesukaran untuk bergerak.

Susulan daripada itu, pemandu ambulans itu perlu mencari parkir dan menyuruh rakannya masuk ke dalam rumah terlebih dahulu bagi menguruskan jenazah. Bagaimanapun, alangkah terkejutnya pemandu ambulans tersebut apabila melihat satu lembaga misteri yang berdiri di tengah-tengah jalan di bawah suluhan lampu jalan.

Terus ambil telefon dan rakam

Pemandu ambulans ketika itu, bertindak merakam ‘lembaga’ misteri itu dan dia sama sekali tidak menceritakan mengenai kejadian tersebut kepada rakannya. Ketika perjalanan pulang, barulah pemandu ambulans ini menceritakan dan menjelaskan dia bertindak mengambil video sebagai bukti.

Ketika artikel ini ditulis, pemilik video ini sama sekali tidak mendedahkan lokasi asal di mana kejadian ini berlaku.

Sumber: MA Kg. Pisang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kem4tian, Pemandu Ambulans Terkedu Bila Sampai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*