OHOR BAHRU: Per4ng mulut antara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghangatkan lagi pertemuan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan JDT malam ini.
Isu bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) membangkitkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang dilaporkan sudah tertunggak selama dua bulan.
Tunku Ismail menempelak pengurusan KDA yang did4kwa tidak serius menguruskan kebajikan pemain setelah tunggakan itu diselesaikan apabila hendak berdepan JDT.
“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pist0l,” tulis Tunku Ismail.
Teguran ped4s Tunku Ismail itu tidak disenangi Sanusi yang akhirnya memberi maklum balas menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.
Susulan komen itu, Sanusi tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya baru sahaja menyelesaikan tunggakan gaji pemain Kedah.
PER4NG mulut Tunku Ismail dan Muhammad Sanusi di media sosial mencuri tumpuan peminat bola sepak.
“La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa? Apa punya pelvru kapoq tala ikut suka dia,” tulis Sanusi.
Sebelum ini, heboh diperkatakan mengenai tunggakan gaji membabitkan pemain KDA yang did4kwa tidak dibayar selama dua bulan.
Bagaimanapun, Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak akhirnya mendapat perkhabaran gembira menjelang aksi menentang JDT dalam aksi suku akhir Piala Malaysia apabila pengurusan KDA sudah menjelaskan tunggakan tersebut.
Biarpun sudah menjelaskan tunggakan itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dengan mengingatkannya supaya menjaga kebajikan pemain dan rakyat.
“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done‘, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.
Komen Tunku Mahkota Johor yang seakan meny1nd1rnya sekali lagi dibalas Sanusi menjadikan keadaan lebih teg4ng.
“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa diet?,” tulis Sanusi.
sumber: utusan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendinggiler.pw
Be the first to comment on "‘Per4ng mulut’ TMJ, Sanusi hangatkan aksi JDT-Kedah"