Kemenangan selebriti serba boleh, Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 malam tadi mengundang rasa tidak puas hati bagi segelintir warganet.
Mana tidaknya, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu meraih sebanyak 86,374,777 undi.
Iaitu lebih tinggi daripada populasi rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 33 juta.
Meninjau ke laman Twitter, segelintir warganet sekali gus mempersoalkan sistem undian dikendalikan oleh pihak penganjur selain mendakwa serta mengaitkan kemenangan tersebut dengan ‘membeli’ undi.
Confirm’ beli undi? Kontroversi je lebih
Bagaimanapun, terdapat beberapa individu menjelaskan serba sedikit mengenai sistem undian anugerah berprestij berkenaan yang menyatakan satu undi daripada peminat mewakili ratusan mata undian.
Malah menurut pengikut tegar ABPBH, tidak dinafikan setiap tahun pasti terdapat kemenangan yang dipertikaikan orang ramai.
Padahal kelab peminat telah ‘berjuang’ siang dan malam untuk melihat artis kesayangan mereka meraih kejayaan.
Acara yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu berlangsung dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak kerajaan tanpa kehadiran penonton.
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : lamanmaya.com
Be the first to comment on "Ditvduh Menang PopuIar Sbb Benda B*dh, Netizen D4kwa Janna Nick Lakukan Perkara Ini Pula"